Plaza S'pura, Junction 9 antara premis baru dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit
Dua pasar raya Sheng Siong, satu di Junction 9 di Yishun dan satu lagi di 506 Tampines Central 1 turut dikunjungi kes-kes

Plaza Singapura dan Junction 9 antara premis dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit. (Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Pusat beli-belah Plaza Singapura dan Junction 9 dimasukkan ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi kes-kes COVID-19 semasa dalam keadaan berjangkit.
Tempat-tempat makan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi juga dimasukkan ke dalam senarai itu.
Dua pasar raya Sheng Siong, satu di Junction 9 di Yishun dan satu lagi di 506 Tampines Central 1 turut dikunjungi kes-kes COVID-19 semasa berjangkit.
Dua cawangan Uniqlo, satu di Tampines Mall dan satu lagi di Plaza Singapura juga dimasukkan ke dalam senarai tersebut.
Sebuah kedai dandanan rambut, Snip Avenue di 419 Tampines Street 41 dan Don Don Donki di JEM juga dikunjungi kes-kes terjangkit.
Berikut senarai penuh lokasi-lokasi baru yang dikunjungi kes-kes COVID-19 semasa berjangkit:

(Gambar: MOH)
Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes COVID-19 sudahpun dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH).
Sebagai langkah berjaga-jaga, individu-individu yang berada di lokasi-lokasi tersebut perlu memantau kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh kunjungan mereka.
"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema serta demam dan hilang deria rasa atau bau. Maklumkan juga kepada doktor tentang sejarah mereka terdedah kepada virus," menurut MOH.
Orang ramai tidak perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat tersebut, tambah MOH.
"Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)akan membantu pihak pengurusan premis-premis yang terjejas untuk menyediakan garis panduan tentang kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman." menurut MOH lagi.
Singapura melaporkan 28 kes baru COVID-19 pada Ahad, termasuk 10 dalam kalangan masyarakat.
Tujuh daripada 10 kes tersebut terkait dengan kes-kes sebelum ini dan sudahpun dikuarantin atau dikesan menerusi ujian-ujian proaktif oleh MOH.
Tiga daripada kes itu terkait kelompok Hospital Tan Tock Seng (TTSH). Satu kelompok baru yang ada kaitan dengan kelompok Lapangan Terbang Changi sudah dikenal pasti.
Baki 18 kes adalah kes-kes import.
Setakat sehingga Ahad, Singapura melaporkan sebanyak 61,359 kes COVID-19 dan 31 kematian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.