Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Platform e-sukan berkembang maju di tengah COVID-19

Meski banyak industri dihambat oleh pandemik COVID-19, e-sukan sebaliknya berkembang maju sedang orang ramai meluangkan lebih banyak masa di rumah.

Anggaran Waktu Membaca:
Platform e-sukan berkembang maju di tengah COVID-19

Gambar: ESPL

Diterbitkan : 11 Jun 2021 01:06PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 01:09PM

SINGAPURA: Meski banyak industri dihambat oleh pandemik COVID-19, e-sukan sebaliknya berkembang maju sedang orang ramai meluangkan lebih banyak masa di rumah.

Platform kejohanan e-sukan yang berpangkalan di Singapura, Liga Pemain E-Sukan (ESPL), menyatakan bahawa jumlah penggunanya meningkat dengan "amat pantas" sejak dilancarkan awal tahun lalu.

"Kegiatan pengguna semakin bertambah," kata Presiden dan Pengasas Bersama Lau Kin Wai. "Pada kemuncaknya antara April dengan Julai, kami menyaksikan jumlah pengguna naik seganda setiap bulan."

Jumlah pengguna di Singapura melonjak 120 peratus berbanding hari pertama manakala pasaran-pasaran yang paling pesat berkembang seperti India dan Bangladesh mencatat pertumbuhan sebanyak 300 peratus.

ESPL menyifatkan liga itu sebagai platform kejohanan dan media e-sukan yang disasarkan buat pemain bukan profesional. Buat masa ini, golongan sedemikian kurang diberi tumpuan memandangkan kebanyakan kejohanan dianjurkan untuk para pemain e-sukan yang profesional.

Encik Lau berkata ia satu-satunya platform sedemikian di Singapura. Tahun lalu, ESPL menganjurkan 312 kejohanan online yang disertai lebih setengah juta pemain amatur di seluruh dunia.

"Ada faktor pergaulan sosial," kata Encik Lau. "Kami mendapati ramai orang turut serta kerana antara lain, mereka mahu bergaul dengan kawan-kawan atau orang lain. Terutama sekali apabila ada pertandingan, anda berkumpul sepasukan untuk mencapai matlamat yang sama dan itulah pergaulan sosial yang dikatakan."

Selain para penggemar e-sukan, ESPL menyatakan ia juga berjaya menarik perhatian perniagaan lain yang berminta untuk bekerjasama atau menggunakan khidmat pengiklanan di platformnya.

"Dengan tabiat pengguna digital sebanyak yang dipercepatkan sebanyak lima tahun, setiap jenama di dunia beralih tumpuan kepada menarik para pengguna online. Para pengguna kami biasanya antara 21 hingga 35 tahun dan mereka adalah sasaran utama kebanyakan jenama pengguna," jelas beliau.

ESPL merancang untuk menganjurkan lebih 700 kejohanan tahun ini, lebih seganda jumlah tahun lalu. Ia yakin ia akan terus berkembang menjangkaui pandemik ini.

"Ia tidak semestinya apabila pandemik berakhir, orang ramai tidak akan menggunakan lagi platform online. Tabiat pengguna sudah berubah," kata Encik Lau.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan