Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Platform baru bantu peniaga kembangkan usaha digital

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu platform maya baru kini tersedia bagi membantu para peniaga serantau mengembangkan usaha pendigitalan.

Pusat Digital bagi Kecemerlangan akan melakukan kajian, termasuk tinjauan dan penerbitan, selain berkongsi amalan-amalan terbaik di kalangan negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Ia berharap merangsang dan meningkatkan penggubalan dasar dalam bidang pendigitalan.

Pusat tersebut dilancarkan di sebuah forum yang dihadiri para pemimpin industri, penggubal dasar dan pemegang taruhan penting yang lain.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha pemerintah untuk mengekalkan keyakinan terhadap pendigitalan, sedang teknologi baru seperti pengkumputeran awan dan blok rantai atau 'blockchain', menjadikan sekitaran digital semakin tidak terpusat.

"Pemerintah bercadang memperkenalkan kod tataamalan baru bagi menetapkan piawai asas untuk wadah online, agar wadah online dapat menerapkan sistem, dasar dan proses bagi mewujudkan sekitaran alam siber yang lebih selamat," kata Menteri Negara Kanan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan Tan Kiat How pada Jumaat (28 Okt).
Sumber : CNA/IQ/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan