Skip to main content

Singapura

"Plat lesen digital" diperlukan bagi pesawat tanpa pemandu melebihi 250g mulai Dis 2025

Anggaran Waktu Membaca:
"Plat lesen digital" diperlukan bagi pesawat tanpa pemandu melebihi 250g mulai Dis 2025

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Pesawat tanpa pemandu yang melebihi 250 gram perlu dilengkapi dengan Pengenalan Siaran Dari Jauh (B-RID) mulai 1 Disember 2025.

Ia sebagaian daripada usaha untuk meningkatkan keselamatan awam.

B-RID bertindak sebagai 'plat lesen digital', menggunakan teknologi Wi-Fi dan Bluetooth untuk berkongsi maklumat seperti posisi peralatan, nombor serial serta lokasi pengendalinya.

"Ini membolehkan UA (pesawat tanpa pemandu) di langit dikenal pasti bagi tujuan keselamatan," menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Isnin (2 Sep).

Contoh pesawat tanpa pemandu termasuk pesawat yang dikawal radio, dron dan layang-layang kawalan jauh.

Pemasangan B-RID tidak diperlukan buat mereka yang mengendalikan peranti di kawasan di dalam bangunan atau sekitaran yang tertutup.

Ia juga tidak diperlukan bagi mereka yang diberikan permit pengendalian dan menggunakan aplikasi mudah alih FlyItSafe ketika menggunakan pesawat tanpa pemandu yang diluluskan.

CAAS menyatakan keperluan baru itu serupa dengan peraturan di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

CAAS kini sedang mendapatkan maklum balas dalam pengendalian rancangan yang disarankan, yang termasuk memberikan pemilik setahun untuk mematuhi keperluan berkenaan.

CAAS RANCANG UNTUK MENAMPUNG KOS UNIT B-RID

Menurut CAAS, sebilangan besar pesawat tanpa pemandu atau UA di pasaran dan lebih separuh daripada yang telahpun didaftarkan dengan CAAS pada 2024 telahpun dilengkapi dengan modul B-RID yang terbina di dalamnya.

Hanya mereka yang mempunyai peranti yang tidak dilengkapi dengan B-RID layak mendapatkan bantuan ini.

Untuk layak, pengguna harus mendaftar buat modul B-RID antara 1 Januari hingga 31 Mac tahun depan.

"Pengguna yang tidak menghantarkan pendaftaran kepada CAAS dalam tempoh ini perlu mendapatkan modul B-RID yang diluluskan dan menampung kosnya sendiri," menurut agensi tersebut.

Modul itu dijangka berharga antara S$120 hingga S$250.

CAAS juga merancang untuk menyediakan pengguna dengan bahan-bahan pendidikan dan bantuan dalam pembelian pesawat tanpa pemandu atau modul B-RID, serta semakan yang diperlukan untuk memastikan ia berfungsi.

Pesawat tanpa pemandu melebihi 250 gram perlu didaftarkan sebelum ia boleh dikendalikan di Singapura.

Aktiviti-aktiviti dron semakin meningkat di Singapura sejak beberapa tahun lalu.

Jumlah pesawat tanpa pemandu yang didaftarkan meningkat daripada 8,205 pada Disember 2020 kepada 24,567 pada Julai 2024.

"Memandangkan landskap bandar Singapura yang padat dan penggunaan ruang udara yang bersaing, CAAS terus memudahkan penggunaan yang berfaedah pesawat tanpa pemandu sambil memastikan keselamatan penerbangan dan awam," menurut agensi tersebut.

Orang ramai boleh memberikan maklum balas mengenai cadangan pelan pelaksanaan itu antara 2 September hingga 1 Oktober melalui laman web REACH.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita