Plak dengan mesej antimerokok dipasang pada mural wanita samsui di Chinatown
Anggaran Waktu Membaca:
Plak dipasang pada mural wanita samsui merokok di Chinatown. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Sebuah plak dengan mesej antimerokok dipasang di lokasi mural wanita samsui merokok di Chinatown, yang mencetuskan perdebatan tahun lalu.
Sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (11 Jul) menyatakan bahawa pemilik bangunan mencadangkan pemasangan "plak interpretasi" pada mural tersebut.
Bagi mural itu pula, MOH dan URA menegaskan semula bahawa ia "akan dikekalkan tanpa sebarang pengubahsuaian".

Pihak berkuasa menyatakan pihaknya bekerjasama dengan pemilik bangunan mengenai mesej yang dicadangkan "untuk memastikan konteks budaya dan artistik mural serta pendirian antimerokok disampaikan dengan sewajarnya".
Ketika Mediacorp melawat lokasi pada Jumaat, plak emas kecil itu dilihat dipasang di bahagian atas tandatangan artis, pelukis mural Amerika, Sean Dunston.
Ia menyatakan bahawa tujuan keseluruhan karya itu "adalah untuk mencipta gambaran ikonik dan jelas seorang wanita samsui pada zaman kegemilangannya dan dalam suasana tenang".
"Wanita samsui biasanya digambarkan sedang bertugas, atau dalam konteks yang kurang selesa, dan jauh lebih tua, walaupun mereka biasanya muda seperti pekerja lain," demikian menurut plak tersebut.
Wanita samsui dalam lukisan mural itu sedang menghisap rokok, sambil memegang tangkal Taoist di tangan kirinya bersama benang merah, "untuk menunjukkan bahawa wanita ini berusaha dan mempunyai hubungan dengan keluarga serta orang-orang dalam hidupnya".
Mesej antimerokok yang tertera di bawahnya, berbunyi: "Artis menekankan bahawa gambaran rokok tidak bertujuan untuk mengagungkan atau mempromosikan penggunaan tembakau. Merokok terbukti sangat berbahaya kepada kesihatan seseorang."
Encik Dunston memberitahu Mediacorp pada Jumaat bahawa teks plak itu ditulis oleh beliau dan tuan tanah bangunan, dan mereka menyuntingnya berdasarkan maklum balas daripada URA.
"Saya mencadangkan penambahan bahagian teks antimerokok untuk plak itu, sebagai cara untuk memenuhi syarat perjanjian agar mural kekal tanpa diubah, iaitu mengurangkan sebarang anggapan bahawa mural itu menganggap merokok sebaga perbuatan normal," katanya.
Artis itu juga mencadangkan kedudukan plak serta menguruskan susun atur dan reka bentuk latar belakangnya.
"Kami sudah berbincang untuk memasang plak selama beberapa bulan, dan tidak tergesa-gesa," kata Encik Dunston. Plak itu dipasang pada Khamis, katanya.
Ketika ditanya mengenai penyelesaian perkara itu, Encik Dunston berkata tujuan utama plak adalah untuk menyampaikan maklumat mengenai karya seni tersebut.
"Mesej antimerokok itu ada untuk mengulangi sesuatu yang semua orang sudah tahu. Merokok itu buruk untuk anda. Cuba jangan merokok. Isu selesai," katanya.
Mediacorp menghubungi wakil tuan tanah bangunan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai plak tersebut.
LATAR BELAKANG KONTROVERSI
Pada Julai 2024, MOH dan URA menyatakan bahawa, setelah semakan, mural itu akan dikekalkan tanpa sebarang perubahan pada karya seni tersebut.
"Ini memandangkan fakta bahawa mural itu bukan iklan untuk tembakau, yang bertentangan dengan undang-undang, dan sebahagian besarnya dianggap sebagai karya seni," menurut agensi tersebut ketika itu.
Pihak berkuasa menyatakan mereka mengambil kira "pandangan yang pelbagai daripada ramai anggota masyarakat awam" dalam membuat keputusan ini.
MOH dan URA menambah bahawa pihaknya akan "bekerjasama dengan pemilik bangunan untuk mencari cara yang sesuai untuk mengurangkan sebarang kesan yang mungkin timbul daripada mural itu dalam mempromosikan merokok, tanpa mengubah mural itu sendiri".

Wakil tuan tanah, Shepherd Asset Management, memberitahu Mediacorp pada masa itu bahawa keputusan tersebut adalah "bukti bahawa rakyat Singapura boleh mempunyai pendapat yang berbeza sambil mengekalkan semangat kemasyarakatan dan perpaduan yang kuat".
Bangunan yang menempatkan mural di 297 South Bridge Road adalah bangunan yang dipelihara. Pemiliknya didenda Julai lalu kerana tidak mendapatkan kelulusan daripada URA sebelum kerja-kerja mural dimulakan.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.