Skip to main content

Singapura

Piyush Gupta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Keppel

Keppel mengumumkan pelantikan Encik Piyush Gupta sebagai timbalan pengerusi dan pengarah bebas bukan eksekutif lembaga pengarah Keppel berkuat kuasa 1 Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Piyush Gupta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Keppel

Encik Piyush Gupta pada 26 Jun 2023. (Gambar fail: CNA/Syamil Sapari)

SINGAPURA: Keppel mengumumkan pelantikan Encik Piyush Gupta sebagai timbalan pengerusi dan pengarah bebas bukan eksekutif lembaga pengarah Keppel berkuat kuasa 1 Julai.

Dalam kenyataan media pada Khamis (29 Mei), Keppel menyatakan Encik Gupta, 65 tahun juga akan menjadi anggota jawatankuasa pencalonan dan imbuhan serta jawatankuasa kemampanan dan keselamatan lembaga Keppel pada hari yang sama.

Dalam menyambut pelantikan Encik Gupta, pengerusi Keppel Encik Danny Teoh berkata: "Piyush menyertai kami pada detik yang menarik dalam perjalanan Keppel dan saya yakin kepimpinan dan pengalaman beliau dalam memacu transformasi digital dan perniagaan akan menjadi aset tidak ternilai bagi Keppel sedang kami memacu usaha untuk menjadi pengurus dan pengendali aset global yang terkemuka."

"Rekod prestasi cemerlang Piyush sudah lama diketahui, selepas beliau memimpin DBS selama lebih 15 tahun dan membantu DBS meraih beberapa pengiktirafan antarabangsa seperti "Bank Terbaik di Dunia" dan "Bank Digital Terbaik di Dunia'", katanya.

Encik Gupta adalah ketua pegawai eksekutif (CEO) DBS Group dari November 2009 sehingga beliau bersara pada Mac lalu, di mana sepanjang tempoh beliau berkhidmat, beliau telah memimpin DBS menjadi kuasa besar dalam sektor kewangan global.

Mengenai pelantikannya, Encik Gupta berkata: "Keppel adalah sebuah institusi Singapura yang ikonik dengan sejarah dan rekod prestasi yang hebat.

"Syarikat itu kini berada di ambang perubahan yang penting sedang ia mencipta semula dirinya sebagai pengurus aset global dengan keupayaan operasi yang kukuh.

"Saya teruja dengan peluang yang ada, dan untuk menyumbang kepada perjalanan tersebut pada masa akan datang," katanya.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita