Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pintu utama peti surat di 6 blok HDB Choa Chu Kang dibuka secara paksa

SINGAPURA: Pintu utama peti surat di enam blok HDB Choa Chu Kang didapati telah dibuka secara paksa.

Anggaran Waktu Membaca:
Pintu utama peti surat di 6 blok HDB Choa Chu Kang dibuka secara paksa

Pintu utama peti surat di enam blok HDB Choa Chu Kang didapati dibuka secara paksa pada pagi 11 Sep 2020. (Gambar: Singapore Post/Facebook)

Diterbitkan : 11 Sep 2020 08:20PM Dikemas Kini : 11 Sep 2020 08:21PM

SINGAPURA: Pintu utama peti surat di enam blok HDB Choa Chu Kang didapati telah dibuka secara paksa.

SingPost dimaklumkan tentang kejadian itu awal pagi tadi (11 Sep).

Menurut SingPost, enam blok itu terletak di Choa Chu Kang Street 53 dan Choa Chu Kang North 5.

Perkara itu dilaporkan seorang kakitangan majlis bandaran sekitar 5.30 pagi.
Dua pegawai SingPost segera dikerahkan ke tempat-tempat kejadian.

Mereka mendapati mangga pintu utama peti-peti surat tersebut dirosakkan.

Kesemua kunci serta pintu utama sudah diperbaiki dan dipasang semula pada 7.00 pagi.

SingPost menambah bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan polis berkaitan kes tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu diminta menghubungi pihak polis.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan