Skip to main content

Singapura

Pintu rumah dibakar dalam 2 kes tailong; lelaki 30 tahun diberkas

Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tailong, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Khamis (7 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pintu rumah dibakar dalam 2 kes tailong; lelaki 30 tahun diberkas

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 07 Nov 2019 10:45PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 10:50PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tailong, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Khamis (7 Nov).

Pihak polis menyatakan bahawa ia dimaklumkan pada 5 Nov tentang dua kes berasingan yang melibatkan gangguan tailong di kediaman yang terletak di West Coast Road dan Ang Mo Kio Avenue 5.

Dalam kedua-dua kes itu, pintu-pintu rumah dibakar.

Menyusuli siasatan yang dijalankan, para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Divisyen Polis Clementi dan Divisyen Polis Ang Mo Kio berjaya mengenal pasti suspek dan memberkasnya pada keesokan hari.

Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada 8 Nov di bawah Akta Pemiutang.

Jika didapati bersalah, pesalah kali pertama yang melakukan gangguan tailong boleh didenda sehingga S$50,000, dipenjara sehingga lima tahun dan dikenakan sehingga 6 sebatan rotan.

Polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang kegiatan dan gangguan tailong.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita