Pinterest buka pejabat kedua di S'pura; perkukuh kedudukan di Asia Pasifik
Pinterest, yang merupakan platform media sosial kongsi-gambar, sudah membuka sebuah pejabat di Singapura. Syarikat itu menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan dan memperkukuhkan kedudukannya di rantau Asia Pasifik (APAC).
SINGAPURA: Pinterest, yang merupakan platform media sosial kongsi-gambar, sudah membuka sebuah pejabat di Singapura. Syarikat itu menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan dan memperkukuhkan kedudukannya di rantau Asia Pasifik (APAC). Demikian diumumkan pada Rabu (10 Jul).
Pejabat Singapura itu, yang terletak di kawasan Telok Ayer, akan diketuai oleh Cik Ayumi Nakajima, pengurus daerah bagi Asia Tenggara dan India.
Ini adalah pejabat kedua Pinterest di Asia, setelah membuka sebuah pejabat di Tokyo pada 2013.
"Kumpulan kecil Cik Nakajima yang dianggotai oleh bakat-bakat tempatan" merangkumi 10 orang yang akan menawarkan sokongan bagi jenama-jenama dan penerbit, dan memastikan tawaran-tawaran Pinterest menawarkan "pengalaman tempatan yang terbaik", menurut satu kenyataan media.
"Buat masa ini, kami bermula dengan kumpulan kecil dan akan seterusnya menggajikan lebih ramai pekerja bagi peranan-peranan tambahan melibatkan pengurusan pasaran dan kerjasama pada masa hadapan kelak," menurutnya kepada Mediacorp.
Kumpulan itu sudah pun bekerjasama dengan rakan kongsi kandungan seperti Vogue India, portal gaya hidup Miss Malini, MasakTV, Tastemade dan Femina Magazine, menurut kenyataan media itu.
Menurut Pinterest, lebih 250 juta orang menggunakan platformnya setiap bulan, dengan lebih separuh daripadanya merupakan para pengguna dari luar Amerika Syarikat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.