Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pindah ke Tengah bantu ACS jadi kurang eksklusif, kata ibu bapa, alumni

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Langkah Sekolah Rendah ACS menyambut pelajar perempuan dan berpindah ke Tengah menerima reaksi bercampur-campur dalam kalangan ibu bapa dan alumni sekolah tersebut.

Encik Michael Lee, yang dua anak lelakinya belajar di Sekolah Rendah ACS dan kini di sekolah menengah, menarik perhatian bahawa langkah tersebut akan membenarkan sekolah itu berkembang ke kawasan lain di Singapura.

"Sekolah Rendah ACS dan ACS (Junior) terletak berhampiran satu sama lain. Oleh itu, jika anda ada satu lagi sekolah di tempat lain, anda boleh mendampingi masyarakat dari bahagian lain," kata beliau.
"Saya rasa sejak kebelakangan ini, ACS bertambah eksklusif, tidak ada ramai orang dari latar belakang dan pengalaman berbeza yang boleh belajar di sekolah itu.Jadi, saya rasa ia langkah yang baik untuk berpindah ke sekolah lain dan juga menerima pelajar perempuan."

Encik Lee merupakan alumni Sekolah Rendah ACS, yang tamat darjah enam di sekolah itu pada 1988.

Pihak pengurusan sekolah itu telah mengadakan perbincangan panjang lebar tentang sekolah rendah yang mana dipindahkan, dan faktor utamanya adalah sama ada prasarana itu boleh diperluaskan, kata pengerusi lembaga gabenor ACS Encik Richard Seow.

"Sekolah Rendah ACS adalah sekolah yang lebih kecil, oleh itu membolehkannya untuk diperluas," kata beliau.

Sekolah Rendah ACS kini mempunyai sekitar 240 pelajar dalam setiap kohort, manakala ACS (Junior) mempunyai sekitar 270 pelajar setiap kohort.

Program Pendidikan Pelajar Bijak (GEP) sekolah tersebut juga merupakan faktor yang menentukan langkah yang diambil, tambah Encik Seow.

Encik Adrian Wee, bapa kepada dua anak lelaki di Darjah 3 dan Darjah 6, bagaimanapun mempersoalkan sebab langkah tersebut diambil tanpa berunding dengan ibu bapa dan alumni dengan lebih teliti.

"MUSTAHIL UNTUK BERUNDING DENGAN SEMUA ORANG"

Keputusan untuk berpindah ke Tengah dibuat secara rasmi dalam mesyuarat lembaga pada Selasa malam 7 Feb), kata Encik Seow sebagai respons kepada soalan mengenai sebab ibu bapa tidak dirujuk berhubung isu tersebut.

"Saya fikir apabila anda lihat kepada sekolah di sini... anda tidak mahu bahan maklumat sensitif didedahkan. Anda hanya mahu semua fakta tersebut dihuraikan. Ia mustahil untuk menghimpunkan semua orang sebelum keputusan tersebut (dimuktamadkan)," tambah beliau.

Wakil dari lembaga gabenor tersebut dan Perstuan Alumni terlibat sama dalam rundingan itu.

LANGKAH TERIMA PELAJAR PEREMPUAN DIALU-ALUKAN

Para ibu bapa dan alumni yang dihubungi Mediacorp, mengalu-alukan langkah untuk menerima pelajar perempuan ke Sekolah Rendah ACS.

Terdapat juga anggota alumni yang hanya mempunyai anak perempuan, dan buat masa ini tidak dapat masukkan anak mereka dalam keluarga ACS menerusi laluan alumni, ujar Encik Lee.

Beliau bagaimanapun mengusulkan agar perbezaan di antara Sekolah Rendah ACS dan ACS (Junior) diketepikan bagi mewujudkan hubungan alumni.
Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan