Pindaan undang-undang diusul untuk beri SPF lebih kuasa berkas individu mengalami gangguan mental
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Hanidah Amin/CNA
SINGAPURA: Pemerintah Singapura sedang mempertimbangkan untuk memindai undang-undang untuk memberikan lebih banyak bidang kuasa kepada para pegawai polis memberkas sesiapa yang menunjukkan tanda-tanda mengalami gangguan mental atau menimbulkan ancaman keselamatan terhadap diri mereka sendiri atau orang lain.
Ini kerana undang-undang sedia ada tidak menetapkan kuasa yang ada pada polis untuk menangkap individu seperti itu, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataan medianya pada Khamis (7 Mac).
Pindaan-pindaan itu akan dibuat di bawah
Rang Penguatkuasaan Undang-Undang dan Perkara-Perkara Lain, yang diperkenalkan MHA dan akan dibahaskan di Parlimen di sidang seterusnya.
Jika Rang Undang-Undang itu diluluskan, polis akan dapat menjalankan pencarian, menahan dan menggunakan kekerasan yang diperlukan apabila menangkap individu yang "mengalami gangguan mental".
Rang Undang-Undang itu selanjutnya menjelaskan ambang di bawah Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan) atau MHCTA. Di bawah undang-undang baharu yang diusulkan itu, selagi bahaya kepada nyawa manusia atau keselamatan diri "dianggap berkemungkinan berlaku", pegawai polis akan dibenarkan untuk menahan seseorang, sebelum sebarang bahaya sebenar berlaku. Bahayanya tidak perlu "jelas dan nyata".
Ini akan memastikan polis boleh menahan individu sedemikian "tepat pada masanya" dan mengelakkan sebarang kemudaratan daripada berlaku, jelas MHA.
Ini diumumkan kira-kira setahun selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa seorang lelaki telah ditangkap secara salah pada 2017. Hakim Philip Jeyaretnam mendapati pertimbangan di sebalik penangkapan di bawah Akta itu tidak dipenuhi.
Hakim juga mengatakan bahawa pegawai polis itu bertindak dengan cara yang tidak jujur dan telah menangkap lelaki itu semata-mata kerana dia tidak menyukainya - bukan kerana dia benar-benar percaya lelaki itu boleh menimbulkan bahaya disebabkan oleh gangguan mental.
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam kemudian menyuarakan keprihatinannya terhadap penghakiman itu. Beliau berkata MHA sedang menimbangkan sama ada untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabarnya atau menggubal undang-undang untuk menangani jurang "antara niat dasar dan kedudukan undang-undang".
PENJAJARAN KUASA UNDANG-UNDANG
Di bawah Rang Undang-Undang itu, Akta Pasukan Polis - yang mentadbir Pasukan Polis Singapura - akan dipinda untuk menyelaraskan kuasa penangkapan dalam MHCTA, serta undang-undang lain, dengan kuasa penangkapan di bawah Kanun Prosedur Jenayah.
Ini akan membolehkan pegawai polis untuk menjalankan pencarian, menahan dan menggunakan kekerasan yang diperlukan apabila menangkap seseorang di bawah MHCTA dan undang-undang lain yang memberi kuasa kepada pegawai polis untuk memberkas seseorang.
Dalam satu kenyataan media, MHA menyatakan: "Memandangkan individu yang ditangkap mungkin menjadi ganas atau memiliki senjata untuk menyerang, bidang kuasa sedemikian diperlukan demi melindungi keselamatan individu yang ditahan, serta orang lain di sekelilingnya.
"Buat masa ini, undang-undang itu tidak menetapkan apakah bidang kuasa yang ada bagi polisuntuk menangkap seseorang individu."
Rang Undang-Undang tersebut akan menjelaskan ambang yang perlu dipenuhi sebelum seorang pegawai polis boleh menangkap seseorang di bawah MHCTA.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.