Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pindaan terhadap Akta Filem dibentangkan di Parlimen

Pindaan kepada Akta Filem dibentangkan di Parlimen hari ini (27 Feb) termasuk mempertingkatkan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaaan para pegawai dari Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Anggaran Waktu Membaca:
Pindaan terhadap Akta Filem dibentangkan di Parlimen

Gambar fail Bangunan Parlimen di Singapura. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 27 Feb 2018 10:08PM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 12:18PM

SINGAPURA: Pindaan kepada Akta Filem dibentangkan di Parlimen hari ini (27 Feb) termasuk mempertingkatkan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaaan para pegawai dari Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Rang Undang-undang Filem (Pindaan) dibentangkan buat kali pertama hari ini selepas fasa perundingan orang ramai berakhir pada Disember tahun lalu.

Sebanyak 134 saranan diterima berikutan tamatnya perundingan tersebut.

Agensi tersebut menyatakan Rang Undang-undang itu disasarkan untuk diperkenalkan pada suku pertama tahun ini.

Antara pihak yang memberikan pandangan termasuk kumpulan seperti mm2 Entertainment, Community Action Newtwork with Function 8, Motion Picture Association dan Screenwriters Association Singapore. Terdapat juga 125 sumbangan individu dan dua petisyen online, menurut IMDA.

Khususnya cadangan untuk membenarkan IMDA menggantikan polis dalam mengguatkuasakan dan menyiasat semua tindakan yang melanggar Akta Filem, adalah punca kebimbangan, dengan sebilangan besar responden mengulas perubahan itu.

Antara kebimbangan yang dikemukakan ialah kuasa yang diberikan kepada pegawai IMDA untuk memasuki dan menggeledah rumah privet tanpa waran dan merampas peranti peribadi seperti komputer riba, cakera padat dan telefon bimbit. Terdapat juga keprihatinan sama ada para pegawai tersebut mempunyai latihan dan pengalaman untuk menjalankan kuasa dan kemungkinan berlaku salah guna kuasa.

IMDA dan Kementerian Penerangan dan Perhubungan (MCI) akur akan kebimbangan orang ramai dan membuat perubahan kepada usulannya dengan menjelaskan kesalahan yang membolehkan pegawai penguatkuasaan IMDA dibenarkan memasuki dan menggeledah rumah seseorang tanpa waran.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan