Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pindaan formula deposit pilihan raya, kaedah bayarannya diusulkan terhadap Akta Pilihan Raya Parlimen

Para calon yang bertanding dalam sesebuah pilihan raya perlu membayar deposit yang lebih rendah berbanding S$14,500 sekarang ini dan mereka juga diberi pilihan untuk membayarnya menggunakan kaedah elektronik.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2018 03:06PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 10:07PM

SINGAPURA: Para calon yang bertanding dalam sesebuah pilihan raya perlu membayar deposit yang lebih rendah berbanding S$14,500 sekarang ini dan mereka juga diberi pilihan untuk membayarnya menggunakan kaedah elektronik, menurut pindaan yang diusulkan terhadap Akta Pilihan Raya Parlimen oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Isnin (10 Sep).

Jabatan Pilihan Raya (ELD), melalui lembaran faktanya pada Isnin (10 Sep), menyatakan bahawa pindaan-pindaan yang diusulkan akan memudahkan formula bagi mengira deposit pilihan raya dan ia berdasarkan elaun bulanan tetap seseorang Anggota Parlimen (AP). Memandangkan elaun bulanan tetap bagi seseorang AP adalah sekitar S$13,750, maka deposit pilihan raya akan dibulatkan kepada S$13,500.

Buat masa ini, pengiraannya serupa dengan 8 peratus daripada elaun yang diberikan secara keseluruhannya kepada seorang AP pada tahun berdasarkan kalendar sebelumnya, yang juga dibulatkan kepada S$500 yang terdekat. Jumlah itu adalah sekitar S$14,500, yang diperolehi pada Pilihan Raya Umum 2015.

Satu lagi pindaan yang diusulkan adalah bayaran bagi deposit pilihan raya. Menurut ELD, pindaan yang diusulkan terhadap rang undang-undang itu akan memansuhkan bayaran tunai, dan sebagai ganti, menyediakan pilihan untuk para calon membayarnya menggunakan kaedah bayaran elektronik.

Kaedah bayaran lain yang diperuntukkan buat masa ini di bawah akta tersebut seperti draf bank dan cek yang disahkan tetap akan diiktiraf dan diteruskan.

Bagi memudahkan prosiding pencalonan yang lebih lancar dan teratur, pindaan-pindaan yang diusulkan turut menyarankan agar hanya calon yang benar-benar memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan mungkin dibenarkan memasuki lokasi pencalonan:

  • Calon sudah diberikan sijil derma politik
  • Calon diiringi oleh seorang pencadang, seorang penyokong dan sekurang-kurangnya empat individu yang bersetuju dengan pencalonan tersebut
  • Bagi calon Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) pula, calon yang relevan dalam sesebuah kumpulan diberikan sijil masyarakat minoriti yang relevan
  • Jumlah Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) yang meningkat dari 9 kepada 12, tidak termasuk jumlah Anggota Parlimen pembangkang turut disertakan secara rasmi dalam perlembangaan.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 2016 ada mengatakan bahawa beliau merancang untuk menaikkan jumlah kerusi NCMP agar terdapat sekurang-kurangnya 12 anggota pembangkang dalam Parlimen mulai Pilihan Raya Umum seterusnya.

Pindaan-pindaan yang diusulkan itu juga mereplikakan sebilangan pindaan terhadap Akta Pilihan Raya Presiden pada 2017.

Sumber : CNA/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan