Pindaan diusul bagi undang-undang jalan raya SG, termasuk mansuh hukuman wajib pesalah kali pertama
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Singapore Police Force)
SINGAPURA: Mahkamah mungkin akan diberikan lebih banyak budi bicara dalam menjatuhkan hukuman yang wajar bagi kesalahan memandu, sekiranya pindaan pada undang-undang lalu lintas diluluskan.
Rang Undang-Undang (Pindaan Lain-lain) Lalu Lintas diperkenalkan di parlimen pada Isnin (11 Nov) oleh Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Muhammad Faishal Ibrahim.
Pindaan yang diusulkan termasuk memansuhkan hukuman minimum mandatori dan tempoh penggantungan lesen untuk pesalah yang didapati memandu dengan berbahaya atau cuai, yang melakukan kesalahan untuk kali pertama.
Hukuman minimum mandatori bagi pesalah berulang juga akan dikurangkan. Bagi mereka yang menyebabkan kematian, ia akan dikurangkan daripada empat tahun kepada dua tahun, manakala bagi mereka yang menyebabkan kecederaan parah, ia akan dikurangkan daripada dua tahun kepada satu tahun.
Ini termasuk, misalnya, dalam kemalangan di mana pengguna jalan raya lain yang terlibat menunjukkan kelakuan tidak bertanggungjawab atau mengambil risiko, dan disebabkan itu, turut menanggung sebahagian tanggungjawab.
Tiada perubahan akan dibuat terhadap denda maksimum bagi kesalahan sedemikian, yang terakhir kali dinaikkan pada tahun 2019. Pesalah yang pertama kali didapati bersalah kerana memandu dengan berbahaya sehingga menyebabkan kematian berdepan hukuman penjara antara dua hingga lapan tahun, manakala pesalah berulang boleh dihukum sehingga 15 tahun.
Hukuman minimum mandatori juga kekal tidak berubah bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah. Pesalah jenis ini juga berdepan dengan denda tambahan, bergantung pada tahap kecederaan yang dialami.
Pindaan pada undang-undang ini bertujuan untuk "melaraskan semula keseimbangan" antara pencegahan dan keadilan dalam kesalahan lalu lintas, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataan medianya.
Ini memberikan lebih banyak budi bicara kepada mahkamah dalam menjatuhkan hukuman dan kelonggaran kepada pihak pendakwa untuk mendakwa bergantung kepada keadaan kesalahan, tambah kementerian tersebut.
Sebagai contoh, pihak pendakwa boleh meneruskan tuduhan bagi "kecederaan" meskipun "kecederaan parah" berlaku, dengan mengambil kira faktor seperti ciri kecederaan yang dialami.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri menyatakan pihaknya sentiasa menilai semula undang-undang untuk memastikan ia kekal berkesan. Semasa semakan terakhir kesalahan lalu lintas pada tahun 2019, hukuman jenayah telah dinaikkan bagi beberapa kesalahan.
Kementerian tersebut menyatakan perubahan yang dicadangkan ini "memastikan bahawa kelakuan yang kurang serius tidak dihukum terlalu berat, sambil masih mengekalkan kuasa untuk mengenakan hukuman berat terhadap pesalah yang serius."
Kementerian memberikan contoh kes yang menunjukkan bagaimana undang-undang sedia ada menyekat mahkamah daripada menjatuhkan hukuman yang lebih ringan dalam kes yang kurang serius.
Seorang pemandu teksi melanggar lampu merah di satu persimpangan T di Bukit Batok West dan melanggar sebuah kereta dari arah yang mempunyai hak untuk bergerak.
Mangsa di dalam kereta tersebut mengalami kecederaan seperti sakit leher dan bahu serta kebas pada separuh badan, dan diberi cuti sakit selama 25 hari. Beliau akhirnya pulih sepenuhnya.
"Walaupun ini dianggap sebagai 'kecederaan parah' kerana mangsa menerima cuti sakit sekurang-kurangnya 20 hari, kecederaan keseluruhan tidak serius berdasarkan laporan kecederaan dan pemulihan penuh mangsa," kata MHA.
Sekiranya pemandu teksi itu didapati bersalah kerana memandu dengan berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan parah, beliau akan dikenakan hukuman penjara minimum satu tahun dan penggantungan lesen minimum selama lapan tahun.
Dengan pindaan yang diusulkan kepada undang-undang, sekiranya didapati bersalah atas kesalahan yang sama, hukuman tersebut tidak akan dikenakan. Mahkamah akan menimbangkan keadaan kes dan menentukan hukuman yang sesuai, kata MHA.
PESALAH BERULANG
Rang undang-undang itu juga mengubah takrifan pesalah berulang bagi kesalahan memandu laju.
Mengikut undang-undang sedia ada, seorang pemandu dianggap seorang pesalah berulang sekiranya beliau pernah didapati bersalah kerana memandu dengan berbahaya atau cuai, menjalankan ujian kelajuan haram atau memandu laju.
Pesalah berulang dikenakan denda yang lebih berat, seperti hukuman minimum mandatori dalam kes yang menyebabkan kecederaan parah atau kematian.
Dengan pindaan ini, seorang pemandu hanya akan dianggap pesalah berulang bagi kesalahan memandu laju jika dia pernah sabit kesalahan sekurang-kurangnya dua kali sebelum ini, dengan kedua-duanya melebihi had laju sebanyak sekurang-kurangnya 40 kilometer (km) sejam, dan kedua-dua sabitan tersebut berlaku dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Ini tidak akan menjejas bagaimana kesalahan dalam kategori lain diambil kira, kata MHA.
Seorang pemandu tetap akan dianggap pesalah berulang sekiranya terdapat sebarang sabitan sebelum ini bagi kesalahan memandu dengan berbahaya, memandu dengan cuai, atau menjalankan ujian kelajuan secara haram.
“Ini juga tidak akan menjejas budi bicara mahkamah untuk mengenakan hukuman yang lebih berat dalam kes di mana rekod kelajuan pemandu menjadi faktor, yang menjadikan kesalahan memandu dengan berbahaya atau cuai lebih teruk lagi,” tambah kementerian tersebut.
PINDAAN LAIN PADA UNDANG-UNDANG
Sekiranya diluluskan, rang undang-undang ini akan memberi kuasa kepada pegawai imigresen untuk menjalankan ujian pernafasan alkohol di pusat pemeriksaan sempadan dan kawasan sekitarnya.
Ini membolehkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) melaksanakan kewajipan keselamatannya di pusat pemeriksaan darat dan laut, yang kini telah diambil alih daripada pihak polis, kata MHA.
Tempoh penggantungan lesen yang dijatuhkan di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya dan Akta Kenderaan Bermotor (Risiko dan Pampasan Pihak Ketiga) juga akan diselaraskan.
Sekiranya pesalah dipenjara untuk sebarang kesalahan, tempoh penggantungan lesen akan bermula selepas hukuman selesai.
Sekiranya pesalah sudah mempunyai perintah penggantungan lesen yang sedia ada dan dipenjara kerana mana-mana kesalahan, perintah tersebut akan digantung sehingga selepas tarikh pembebasan.
Bagi pesalah yang tidak dikenakan hukuman penjara, tempoh penggantungan lesen akan bermula dari tarikh sabitan.
Rang undang-undang ini juga akan meminda Akta Lalu Lintas Jalan Raya untuk memberi insentif kepada pemilik untuk mengambil kenderaan yang disita dalam tempoh yang wajar dan menyelaraskan proses pelupusan seterusnya.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.