Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pindaan disaran bagi Akta Keupayaan Mental bagi membolehkan permohonan online Surat Kuasa Berkekalan

Para individu yang ingin melantik orang lain untuk membuat keputusan bagi pihak mereka jika mereka hilang keupayaan mental, tidak lama lagi boleh berbuat demikian secara online.

Anggaran Waktu Membaca:
Pindaan disaran bagi Akta Keupayaan Mental bagi membolehkan permohonan online Surat Kuasa Berkekalan

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Frederic J Brown)

Diterbitkan : 28 Oct 2020 03:29PM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 03:31PM

SINGAPURA: Para individu yang ingin melantik orang lain untuk membuat keputusan bagi pihak mereka jika mereka hilang keupayaan mental, tidak lama lagi boleh berbuat demikian secara online.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Rabu (28 Okt) menyarankan pindaan pada Akta Keupayaan Mental untuk menjadikannya lebih mudah bagi mereka yang ingin memohon Surat Kuasa Berkekalan (LPA) dan sokongan bagi wakil mereka - yang dilantik oleh mahkamah jika individu berkenaan hilang keupayaan mental dan tidak mempunyai LPA.

Pindaan-pindaan yang disarankan itu akan membenarkan LPA dimohon, didaftarkan dan diubah secara online menerusi sistem elektronik Pejabat Penjaga Awam yang baru.

Para wakil juga boleh memohon bagi laporan wakil menerusi sistem tersebut.

Menurut MSF, selain memudahkan pemfailan secara online, waktu yang diperlukan untuk menyelesaikan proses itu akan disingkatkan kepada purata lapan hari biasa berbanding tiga minggu sekarang.

Tempoh menunggu wajib selama tiga minggu selepas LPA diterima oleh Pejabat Penjaga Awam bagaimanapun kekal tidak berubah.

Satu rundingan awam mengenai pindaan-pindaan yang disarankan akan dijalankan mulai Rabu hingga 18 Nov.

MENGAPA IA PENTING

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli menyatakan dalam catatan Facebooknya bahawa COVID-19 juga "membuat kita lebih memikirkan tentang ketidaktentuan dalam kehidupan".

"Dan disebabkan oleh ketidaktentuan itulah, ia penting untuk kita menimbangkan semula LPA bagi memastikan terdapat individu yang dipercayai untuk membuat keputusan untuk kita jika dan bila kita hilang keupayaan mental pada satu hari nanti," katanya.

Beliau menambah bahawa meskipun MSF sudah mengusahakan peralihan digital ini sebelum berlaku pandemik, COVID-19 menunjukkan kepada kita mengapa penting untuk urusan ini dilakukan online.

APAKAH PERUBAHANNYA?

Pindaan-pindaan yang diusulkan akan menjadikan LPA lebih mudah dan dapat mengurangkan langkah-langkah yang perlu diambil, tambah MSF.

Buat masa ini, salinan kertas LPA memerlukan tandatangan dakwat basah dan mohor dilekatkan secara fizikal.

Berdasarkan pindaan-pindaan yang diusulkan, pemfailan elektronik tidak lagi memerlukan syarat-syarat tersebut.

Tandatangan individu yang dilantik, atau 'donee' dan pengganti 'donee' (penerima) juga akan digugurkan bagi memudakan proses mendapatkan LPA.

Perubahan yang dicadangkan itu juga akan mempertingkatkan langkah berjaga-jaga bagi melindungi indiivdu yang merancang untuk memohon LPA.

Kesemua pihak akan dimaklumkan menerusi pesanan teks atau emel apabila permohonan dibuat secara digital.

BANTU BUAT PERMOHONAN ONLINE

SMF menyatakan Pejabat Penjaga Awam akan bekerjasama dengan agensi-agensi masyarakat untuk membantu mereka yang kurang mahir dalam teknologi atau memerlukan bantuan teknikal.

Ini termasuk Persatuan Rakyat (PA) dan Majlis Usia Ketiga.

Orang ramai boleh merujuk kepada butiran mengenai pindaan-pindaan itu di laman REACH dan memberi maklum balas mengenai saranan-saranan tersebut menerusi emel ke consultations [at] msf.gov.sg

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan