Pindaan AMLA dibentang di Parlimen, perkemas proses dan operasi institusi Islam berkanun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pindaan bagi Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (AMLA) dibentangkan di Parlimen, pada Selasa (9 Jan) oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Dr Mohamad Maliki Osman bagi pihak Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli.
Encik Masagos sedang melakukan lawatan ke Arab Saudi hingga Khamis ( 11 Jan).
AMLA dipinda demi mengemas kini peruntukan yang mengawal proses dan operasi institusi Islam berkanun, iaitu Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Mahkamah Syariah (SYC), dan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).
Ia termasuk juga peruntukan bagi penubuhan wakaf, antaranya dalam membentuk dan melaksanakan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).
WMS akan digunakan bagi menyokong pembangunan masyarakat Melayu/Islam dalam jangka panjang termasuk institusi keagamaan, pembangunan asatizah dan program jangka panjang masyarakat menerusi sumbangan Muslim di sini.
Satu rangka kerja bagi pengiktirafan badan pensijilan halal asing juga akan diwujudkan.
Selain itu, keahlian Jawatankuasa Fatwa akan diperluaskan dan ia akan diberi lebih budi bicara dalam mempertimbangkan permintaan fatwa.
Ia juga akan mentakrifkan sekolah agama Islam dan memberi MUIS kuasa penguatkuasaan yang lebih kuat terhadap sekolah agama yang tidak berdaftar.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.