Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pilihan Trump bagi duta ke S'pura dikembalikan kepada Senat untuk dicalon semula

Pilihan Presiden Donald Trump bagi duta Amerika Syarikat ke Singapura sudah dikembalikan kepada Senat bagi pencalonan semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan Trump bagi duta ke S'pura dikembalikan kepada Senat untuk dicalon semula

Barbera Hale Thornhill. (Gambar fail: Laman Institut Kanak-Kanak)

Diterbitkan : 10 Jan 2020 06:57PM Dikemas Kini : 10 Jan 2020 07:26PM

SINGAPURA: Pilihan Presiden Donald Trump bagi duta Amerika Syarikat ke Singapura sudah dikembalikan kepada Senat bagi pencalonan semula.

Pencalonan Cik Barbara Hale Thornhill, yang mengetuai syarikat reka bentuk dalaman di Los Angeles, dikembalikan ke Rumah Putih pada Jumaat lalu (3 Jan).

Pada September 2019, Encik Trump mengumumkan Cik Thornhill calon yang diinginkannya bagi jawatan duta itu, yang tidak diisi sesiapa sejak 2017.

Pelantikan duta-duta mesti disahkan Senat Amerika Syarikat dalam proses yang melibatkan pemeriksaan meluas, perbincangan dan pengundian.

Di bawah undang-undang Senat, pencalonan yang tidak dilaksanakan semasa sesi tersebut, di mana ia dibuat, mesti dilakukan sekali lagi kepada Senat oleh Presiden, sebelum tindakan boleh diambil pada sesi selanjutnya.

Cik Thornhill ialah presiden syarikat reka bentuk dalaman Impact Design dan anggota Majlis Institut Kajian Getty, Majlis Lukisan Getty, Majlis Ehwal Dunia dan Majlis Pasifik berhubung Dasar Antarabangsa.

Jawatan duta Amerika Syarikat di Singapura dikosongkan sejak Encik Kirk Wagar meletak jawatan pada 2017. Mantan Timbalan Penasihat Keselamatan Amerika KT McFarland dicalonkan bagi jawatan itu tahun lalu, tetapi beliau diminta menarik balik pencalonan itu selepas ia tidak menunjukkan kemajuan di Senat.

Pencalonannya dilengahkan dek keprihatinan tentang keterangannya kepada Kongres berhubung isu komunikasi dengan Rusia.

Rafik Mansour kini berkhidmat sebagai pemangku atau ketua kedutaan Amerika Syarikat di Singapura.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan