Pilihan tempoh pajakan lebih pendek bagi pemilik flat SERS akan manfaatkan warga emas, kata penganalisis
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Google Street View
SINGAPURA: Pilihan baru bagi pemilik flat yang sedang menjalani Skim Pembangunan Semula Yang Terpilih Secara Berkelompok (SERS) untuk membeli flat ganti dengan tempoh pajakan lebih pendek akan memberi manfaat kepada warga emas yang tidak berhasrat untuk menjual unit ganti mereka, kata penganalisis hartanah.
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengumumkan pada Sabtu (2 Jul) bahawa pemilik flat yang layak akan diberi dua lagi pilihan perumahan semula - tempoh pajakan 50 tahun yang lebih pendek bagi rumah ganti baru mereka atau memohon Skim Beli Balik Pajakan.
Tawaran itu dibuat selepas penduduk di tapak SERS Ang Mo Kio mengatakan kebimbangan mereka mengenai perlunya mengeluarkan wang tunai bagi flat ganti 99 tahun yang mempunyai saiz yang sama.
"Pilihan pajakan 50 tahun di tapak ganti yang ditetapkan akan membantu pemilik yang tidak berniat untuk menjual flat mereka dan mungkin ingin terus tinggal di flat sepanjang baki tempoh pajakan unit itu," kata Naib Presiden Kanan dan Analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun.
"Pemilik warga emas tidak perlu risau tentang isu gadai janji kerana mereka mungkin tidak perlu menokok wang untuk unit baru itu," tambahnya.
"Tempoh pajakan 50 tahun yang lebih pendek juga mungkin lebih wajar bagi warga emas bujang yang mungkin tidak berniat untuk menyerahkan unit mereka sebagai warisan kepada sesiapa. Oleh itu, ia mungkin lebih masuk akal untuk tidak perlu mengeluarkan sebarang kos."
Pengarah kanan penyelidikan di Huttons' Asia, Encik Lee Sze Teck, berkata pilihan itu mengambil kira "keadaan unik dan maklum balas dari penduduk".
"Ia dipertimbangkan dengan baik dan menangani kebimbangan warga emas yang terjejas SERS," tambahnya.
CABARAN PILIH TEMPOH PAJAKAN LEBIH PENDEK
Dari segi cabarannya, mungkin terdapat pilihan terbatas bagi pemilik rumah yang memilih tempoh pajakan 50 tahun, terutamanya jika mereka berubah fikiran dan ingin menjualnya kemudian, kata Cik Sun.
"Mungkin tidak ramai pembeli yang sanggup membayar harga jualan semula yang tinggi untuk flat dengan tempoh pajakan lebih pendek, walaupun keadaan flat itu masih baru," tambahnya.
Bagaimanapun, ketua penyelidikan PropNex Wong Siew Ying berkata flat itu masih boleh memperoleh harga yang baik jika ia dijual selepas tempoh penginapan minimum lima tahun.
"Sekiranya pemilik memutuskan untuk menjual flat ganti itu sejurus selepas tempoh penginapan minimum lima tahun dipenuhi, kami rasa flat ganti - yang mempunyai baki pajakan 45 tahun pada masa itu, masih lebih menarik berbanding beberapa flat jualan semula yang lebih tua di kawasan itu," katanya.
"Keadaan flat yang masih baru, akan menarik minat sesetengah pembeli yang mungkin tidak kisah dengan tempoh pajakan yang lebih pendek."
Nasihat penganalisis ialah mereka yang mampu dari segi kewangan harus mempertimbangkan flat ganti dengan tempoh pajakan 99 tahun.
"Pemilik rumah yang lebih muda dan pertengahan umur yang layak memohon pinjaman rumah bagi membiayai pembelian rumah boleh mempertimbangkan pilihan ini (99 tahun)," kata Cik Sun.
"Memandangkan mereka membeli flat tersebut langsung daripada HDB pada kadar yang murah dan bersubsidi, mereka boleh mengaut keuntungan pada masa hadapan, kerana nilai jualan semula berkemungkinan lebih tinggi daripada harga belian."
Flat SERS yang terjejas di Blok 562 hingga 565 Ang Mo Kio Avenue 3 sudah berusia sekitar 43 tahun.

Sumber : CNA/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.