Pilihan Raya Presiden SG 2023: Tharman menang besar 70.4% undi
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Rakyat Singapura telah memberi Encik Tharman Shanmugaratnam mandat yang kukuh untuk menjadi presiden kesembilan negara.
Mantan Menteri Kanan berusia 66 tahun itu memperoleh kemenangan besar, 70.4 peratus undi, manakala pesaing beliau, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian masing-masing menerima 15.72 peratus dan 13.88 peratus.
Pegawai Pilihan Raya Encik Tan Meng Dui mengumumkan keputusan pilihan raya itu pada pukul 12.22 Jumaat malam.
Kemenangan Encik Tharman jelas, sebelum keputusan rasmi diumumkan oleh Encik Tan.
Kiraan undi sampel yang dikeluarkan kira-kira jam 10.40 malam menunjukkan Encik Tharman mendahului dengan 70 peratus undi manakala Encik Ng dan Encik Tan masing-masing menyusul dengan 16 peratus dan 14 peratus.

Encik Ng mengaku kalah sejurus selepas keputusan kiraan undi sampel diketahui.
Beliau memberitahu media telah menerima panggilan telefon daripada Encik Tharman, yang memuji beliau dan pasukannya kerana mengadakan "kempen yang bersemangat".
Encik Ng juga mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman kerana "menang besar".

Encik Tan pula berkata beliau mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman atas keputusan yang diraihnya, tetapi untuk dirinya sendiri, "Saya menjangkakan keputusan yang lebih baik, tetapi dalam pilihan raya memang tidak menentu".
“Saya kini akan mengikut nasihat keluarga saya supaya bertenang dan menjalani kehidupan normal. Saya akan menghabiskan lebih banyak masa dengan cucu saya. Pada masa lapang, saya akan terus melakukan peranan saya dalam menyuarakan kesulitan dan aspirasi rakyat melalui saluran lain,” katanya.

Lebih 2.4 juta rakyat Singapura keluar mengundi pada Jumaat di 1,264 pusat mengundi di merata negeri, selepas sembilan hari berkempen.
Terdapat 2,480,760 rakyat mengundi, dengan 50,152 undi rosak, membentuk 1.98 peratus undi.
Peratusan yang keluar mengundi melebihi 93 peratus daripada pengundi yang layak.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.