Pilihan Raya Presiden pada 1 Sep; Hari Penamaan Calon pula 22 Ogos ini
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hari Mengundi untuk Pilihan Raya Presiden akan diadakan pada hari Jumaat, 1 September 2023, jika lebih daripada seorang calon layak untuk bertanding bagi jawatan itu. Hari Penamaan Calon pula jatuh pada 22 Ogos.
Ini selepas Jabatan Pilihan Raya (ELD) dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengeluarkan Writ Pilihan Raya Presiden hari ini (11 Ogos).
Ini selepas Jabatan Pilihan Raya (ELD) dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengeluarkan Writ Pilihan Raya Presiden hari ini (11 Ogos).
Dalam Pilihan Raya Presiden tahun ini, empat individu meluahkan hasrat untuk bertanding bagi jawatan tersebut. Mereka ialah mantan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam, usahawan George Goh, tokoh korporat Ng Kok Song dan mantan CEO NTUC Income Tan Kin Lian.
WRIT PILIHAN RAYA
Pertandingan secara rasmi bermula apabila Writ Pilihan Raya dikeluarkan, dan calon mempunyai tempoh sehingga Khamis, 17 Ogos untuk menyerahkan permohonan bagi Sijil Kelayakan.
Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) kemudian akan mengumumkan calon yang layak bertanding.

Jika ada persaingan antara dua atau lebih calon, mereka yang layak akan memulakan kempen mereka dari Hari Penamaan calon kelak.
Penamaan Calon akan diadakan di Auditorium Persatuan Rakyat, yang terletak di 9 King George's Avenue.
Kempen akan berlangsung selama sembilan hari.
Para calon tidak dibenarkan berkempen pada Hari Bertenang, iaitu sehari sebelum hari mengundi.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.