Pilihan Raya Presiden: Cuti Hari Guru, tarikh GCE N dijadual semula selepas Hari Mengundi ditetap pada 1 Sep
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: TODAY/Raj Nadarajan
SINGAPURA: Cuti sekolah Hari Guru pada tahun ini dijadualkan semula dari 1 September kepada 11 September, menyusuli pengumuman tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Presiden yang akan datang.
Peperiksaan GCE Peringkat N yang dijadualkan pada 11 September juga akan ditukar ke tarikh-tarikh lain, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam kenyataan medianya pada Jumaat (11 Ogos).
"Bagi mengiktiraf sumbangan dan dedikasi guru-guru kami, MOE biasanya meraikan Hari Guru pada hari Jumaat terakhir penggal 3 sebelum cuti sekolah seminggu bulan September," jelas MOE dan SEAB.
"Memandangkan Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Presiden 2023 jatuh pada hari Jumaat, 1 September 2023 sekiranya ada pertandingan, MOE akan menukar cuti sekolah Hari Guru kepada Isnin, 11 September 2023, (iaitu) Isnin pertama selepas cuti sekolah seminggu bulan September.
"Ini bagi memberi kepastian kepada sekolah dan pelajar yang sedang membuat perancangan mereka. Hari Isnin, 11 September 2023, kini akan ditetapkan sebagai cuti sekolah.

Peperiksaan Peringkat N yang dijadualkan pada 1 September kini akan berlangsung pada 12 September dan 20 September.
"Sekolah dan SEAB akan memaklumkan semua calon peperiksaan yang terjejas."
Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Presiden akan diadakan pada 1 September sekiranya lebih daripada seorang calon layak bertanding bagi jawatan itu. Hari Penamaan Calon pula ditetapkan pada 22 Ogos.
Tarikh-tarikh tersebut diumumkan Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Jumaat selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengeluarkan writ pilihan raya.

Sumber : CNA/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.