Skip to main content

Singapura

Pilihan Michelin Bib Gourmand 2025: 89 tempat makan di SG tersenarai

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan Michelin Bib Gourmand 2025: 89 tempat makan di SG tersenarai

Sajian Restoran Bismillah Biryani. (Gambar: bismillahbiryanisg/Instagram)

Diterbitkan : 17 Jul 2025 11:26PM Dikemas Kini : 17 Jul 2025 11:28PM
  • Panduan Michelin Singapura mengumumkan Pilihan Bib Gourmand 2025 pada Khamis (17 Jul) dengan 89 tempat makan terpilih.
  • Daripada 89 tempat makan yang diiktiraf tahun ini, 11 adalah muka baharu.
  • "Peluasan pilihan Bib Gourmand Singapura tahun ini, dengan lebih 70 peratus daripada tempat makan merupakan gerai makanan jalanan, menjadi bukti kukuh komitmen Singapura yang tidak berbelah bagi untuk memelihara budaya penjaja di tengah-tengah landskap kulinari yang sentiasa berubah," kata Gwendal Poullennec, pengarah antarabangsa Panduan Michelin.
  • Beliau menambah: "Sungguh menggembirakan untuk melihat generasi muda memasuki industri makanan dan minuman, selain berdedikasi untuk meneruskan resipi keluarga yang disayangi."
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Panduan Michelin Singapura mengumumkan Pilihan Bib Gourmand 2025 pada Khamis (17 Jul) dengan 89 tempat makan terpilih.

Tidak seperti Bintang Michelin, pengiktirafan Bib Gourmand meraikan tempat-tempat makan yang menonjol berdasarkan hidangan bermutu dengan nilai berbaloi, dan dinilai secara rahsia oleh pemeriksa Panduan Michelin.

Daripada 89 tempat makan yang diiktiraf tahun ini, 11 adalah muka baharu. Ia termasuk sembilan tempat makan baharu, yang terdiri daripada lima gerai pusat penjaja, tiga restoran, dan satu tempat menjual makanan jalanan.

Senarai restoran tahun ini merangkumi pelbagai jenis masakan.

Ini termasuk empat restoran halal yang mengekalkan kedudukan dalam senarai, iaitu Warung Pak Sapari, Bahrakath Mutton Soup, Bismillah Biryani dan Delhi Lahori.

"Peluasan pilihan Bib Gourmand Singapura tahun ini, dengan lebih 70 peratus daripada tempat makan merupakan gerai makanan jalanan, menjadi bukti kukuh komitmen Singapura yang tidak berbelah bagi untuk memelihara budaya penjaja di tengah-tengah landskap kulinari yang sentiasa berubah," kata Gwendal Poullennec, pengarah antarabangsa Panduan Michelin.

"Pemeriksa kami bukan sahaja gembira menemui lebih banyak permata kulinari tempatan, tetapi juga meraikan warisan penjaja yang sudah lama berniaga."

Beliau menambah: "Sungguh menggembirakan untuk melihat generasi muda memasuki industri makanan dan minuman, selain berdedikasi untuk meneruskan resipi keluarga yang disayangi."
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita