Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pili bomba dekat kebakaran East Coast 'berfungsi dengan baik', tegas PUB

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pili bomba dekat kebakaran di East Coast Road pada Isnin (9 Jan) didapati "berfungsi dengan baik" pada keesokan harinya, menurut agensi air kebangsaaan PUB.

Ini meskipun terdapat beberapa saksi yang mendakwa anggota bomba berdepan cabaran apabila menggunakan salah satu pili bomba di tempat kejadian, yang menyebabkan api merebak. 

Penduduk di tempat kejadian pada malam kebakaran itu berkata mereka melihat pekerja kecemasan mengambil masa setengah jam untuk memastikan pili bomba itu dapat digunakan. Akhirnya, kebakaran itu memusnahkan enam rumah teres dan mencederakan seorang individu. 

Sedang kebakaran itu merebak ke rumah-rumah berdekatan, beberapa penduduk berkata keadaan mungkin berbeza jika peralatan  berfungsi sebagaimana ia seharusnya, kata beberapa saksi kepada Mediacorp di tempat kejadian. 

Menjawab pertanyaan media pada Rabu (12 Jan), PUB menyatakan agensi itu melakukan pemeriksaan pada pili-pili bomba di kawasan berkenaan pada pagi Selasa (11 Jan) dan mendapati semuanya berfungsi dengan baik. 

PUB juga sedang bekerjasama dengan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk menentukan  kejadian yang berlaku itu, menurut agensi berkenaan. 

Mediacorp sudahpun menghubungi SCDF mengenai perkara itu sama ada terdapat masalah dengan pili-pili bomba di lokasi berkenaan dan bagaimana ia menjejas operasi memadamkan api. 

Kejadian di East Coast Road itu menarik perhatian terhadap penangguhan operasi memadamkan api, menyusuli beberapa kebakaran berprofil tinggi di mana operasi pasukan penyelamat terjejas atas pelbagai sebab. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan