Skip to main content

Singapura

Pihak berkuasa tolak rayuan kumpulan aktivis terhadap POFMA berkait hukuman mati pengedar dadah

Anggaran Waktu Membaca:
Pihak berkuasa tolak rayuan  kumpulan aktivis terhadap POFMA berkait hukuman mati pengedar dadah

(Gambar: Facebook/Transformative Justice Collective)

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo pada Selasa (30 Mei) menolak permohonan sebuah kumpulan aktivis untuk membatalkan atau mengubah arahan pembetulan dikeluarkan kepada mereka di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA).

Kumpulan 'Transformative Justice Collective' (TJC), yang berkempen terhadap hukuman mati, diberikan arahan pembetulan atas catatan Facebook tentang hukuman mati yang dijatuhkan kepada pengedar dadah Tangaraju Suppiah yang didapati bersalah.

Tangaraju, seorang rakyat Singapura berusia 36 tahun, dihukum gantung pada 26 April selepas didapati bersalah bersubahat mengedar ganja lebih satu kilogram.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan bahawa TJC memuat naik "kenyataan fakta palsu" di akaun Facebooknya pada 23 April.

Arahan pembetulan yang dikeluarkan kepada TJC pada 19 Mei memerlukan pasukan itu untuk menyertakan notis pembetulan pada bahagian atas catatan Facebook mereka. Ia perlu menyatakan bahawa catatan itu mengandungi kenyataan fakta palsu, disertakan dengan pautan kepada rencana di laman Pemerintah yang memeriksa fakta, Factually.

TJC juga diarahkan supaya memuat naik notis pembetulan sebagai catatan baru di akaun Facebook mereka.

Arahan pembetulan juga dikeluarkan terhadap aktivis Kirsten Han, peguam M Ravi, pengasas bersama The Online Asia (TOCA) dan TOC Andrew Loh.

Dalam satu kenyataan pada awal bulan ini, MHA menyatakan bahawa catatan-catatan media sosial dan rencana-rencana mereka mengandungi kenyataan palsu mengenai hukuman mati Tangaraju, termasuk dia dinafikan seorang jurubahasa ketika keterangannya dirakam dan kemudiannya didapati tidak bersalah.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita