Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pihak berkuasa SG rampas lebih 85,000 produk vape dalam serbuan gudang

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Apr 2023 02:33PM Dikemas Kini : 03 Apr 2023 10:35PM
SINGAPURA: Lebih 85,000 pengewap elektronik dan bahagian berkenaan dirampas di serbuan gudang yang dijalankan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Ia merupakan rampasan terbesar pengewap eletronik atau produk vape oleh HSA, melepasi rekod pada 2021, yang mana produk bernilai lebih S$2.2 juta dirampas, menurut HSA dan pasukan polis dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (3 Apr).

Serbuan tersebut susulan tindakan HSA yang menerima petunjuk selepas menyiasat sekumpulan orang yang disyaki terlibat dalam perdagangan haram pengewap elektronik.

Pada 28 Mac, enam individu ditahan oleh polis di tempat meletak kereta bertingkat di blok 592 Montreal Link.

"Pemandu van itu dipercayai ditemui mengedar bungkusan mengandungi pengewap eletronik kepada lima orang yang disyaki membantu memberikan hantaran tersebut kepada pembeli," menurut pihak berkuasa.

Pemandu itu dan seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan atas sikap terburu-buru atau kelakuan cuai berkenaan dengan mana-mana jentera yang dimiliki.

Pada keesokan harinya, HSA menyerbu unit gudang di Mandai, di mana bekalan pengewap elektronik dipercayai disimpan di sana.

Selain daripada merampas lebih 85,000 produk vape dalam serbuan selanjutnya, lima orang yang dipercayai membantu mengedar vape antara umur 20 hingga 33 tahun juga ditahan di gudang itu dan sedang membantu HSA dalam siasatan.

HSA dan polis menyatakan bahawa operasi yang berlangsung lebih 72 jam itu sudah mengganggu rantaian bekalan pengewap elektronik yang haram.

Di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan), adalah satu kesalahan untuk mengimport, menjual atau mengedar produk vape.

Mereka yang didapati bersalah buat kali pertama boleh didenda sehingga S$10,000, penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan seterusnya akan menggandakan denda sehingga S$20,000, penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.

Menggunakan vape adalah haram di Singapura. Membeli, menggunakan dan memiliki pengewap elektronik juga dilarang.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan