Pihak berkuasa S'pura rampas gading, sisik tenggiling bernilai lebih S$66 juta
Pihak berkuasa Singapura berjaya merampas gading serta sisik tenggiling bernilai lebih S$66 juta.
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura berjaya merampas gading serta sisik tenggiling bernilai lebih S$66 juta.
Ini selepas para pegawai menemui hampir 9,000 kilogram gading yang dianggar melibatkan sekitar 300 ekor gajah Afrika.
Jumlah gading itu adalah rampasannya yang terbesar di negara ini.
Pihak berkuasa juga menemui hampir 12,000 kilogram sisik, dipercayai daripada 2,000 ekor tenggiling.
Kesemuanya ditemui di dalam sebuah kontena dari Congo yang merupakan sebahagian daripada kiriman yang melalui Singapura untuk ke Vietnam. Kontena itu diisytiharkan membawa kayu.
Sisik tenggiling yang dirampas dipercayai berasal daripada spesis tenggiling terancam di Afrika.
Rampasan sisik itu adalah yang ketiga terbesar di sini pada tahun ini.
Di bawah undang-undang, sesiapa yang mengimport atau mengeksport haiwan liar secara haram boleh didenda sehingga S$500,000 atau dipenjara sehingga dua tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.