Skip to main content

Singapura

Pihak berkuasa rancang kenakan hukuman bagi salah guna rangkaian "locker"

Pihak berkuasa merancang mengenakan hukuman ke atas sesiapa yang menyalahgunakan rangkaian "locker" merata negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Dec 2020 08:40PM Dikemas Kini : 02 Dec 2020 09:17PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa merancang mengenakan hukuman ke atas sesiapa yang menyalahgunakan rangkaian "locker" merata negara.

Ia sebahagian daripada langkah-langkah untuk mengekang salah guna.

Ia juga sebahagian isu yang ditimbulkan semasa sesi mengumpul maklum balas secara online, tentang pindaan yang dibuat ke atas Akta Khidmat Pos, yang akan memberikannya lebih banyak kuasa untuk menangani rangkaian lokar barangan di merata negara tahun depan.

Ia menyusuli satu pengumuman Julai lalu untuk mempercepat pelancaran inisiatif tersebut setahun lebih awal.

Perubahannya termasuk membenarkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) memasang, memiliki dan mengendalikan rangkaian lokar di kawasan-kawasan tertentu seperti blok-blok HDB dan kelab masyarakat.

IMDA juga boleh menetapkan jenis kesalahan yang berkaitan dengan penggunaan rangkaian tersebut, seperti denda yang dikenakan terhadap mereka yang merosakkannya.

Rangkaian lokar tersebut mempunyai lebih 1,000 lokar yang dijangka siap menjelang hujung tahun depan dan semua penyedia khidmat logistik atau platform e-dagang boleh menggunakannya.

Sungguhpun begitu, IMDA menyatakan akses kepada kotak surat masih dihadkan kepada mereka yang diberi kebenaran sahaja.

Ia atas sebab-sebab keselamatan kerana banyak penghantaran bukan surat yang dihantar melalui pos tidak dijejaki.

Oleh itu, IMDA juga menyarankan kepada para pemilik bangunan seperti majlis bandaran agar menyenggara kotak-kotak surat selepas mereka mengambil alih dari para pemaju. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita