Pihak berkuasa kerjasama dengan ladang popular Seletar; carikan rumah baru untuk haiwannya
Pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan sebuah ladang haiwan yang popular di Seletar, yang akan ditutup selepas dua dekad untuk pembinaan jalan raya baru.

(Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan sebuah ladang haiwan yang popular di Seletar, yang akan ditutup selepas dua dekad untuk pembinaan jalan raya baru, bagi menempatkan semula haiwan-haiwan di ladang itu ke tempat yang baru dan mencari premis alternatif bagi pemilik ladang itu meneruskan perniagaan berkaitan haiwan peliharaan.
Pemilik The Animal Resort, Encik Thierry Lim, dinasihati supaya membuat bidaan bagi unit-unit komersil untuk meneruskan dengan perniagaan runcitnya, demikian menurut Lembaga Taman Negara (NParks), JTC dan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) pada Ahad (6 Dis) dalam satu jawapan bersama kepada pertanyaan oleh Mediacorp.
Menurut agensi-agensi berkenaan, Encik Lim juga sudah mengambil satu unit komersil yang sebelum ini diperuntukkan baginya di The Animal Lodge, iaitu sebuah kemudahan untuk ladang haiwan dan tempat perlindungan haiwan yang dikendalikan oleh NParks di Sungei Tengah. Ini sekali gus membolehkannya untuk meneruskan dengan perniagaan menjaga haiwan-haiwan peliharaan.
"JTC dan NParks mencadangkan tempat-tempat lain bagi pemilik ladang itu membuat tawaran bagi ladang haiwannya, namun mereka dinilai sebagai tidak sesuai oleh pemilik premis itu.
Oleh demikian, NParks sedang mencari pilihan lain untuk menempatkan semula haiwan-haiwan ladang itu dan akan terus bekerjasama rapat dengannya bagi memastikan kebajikan dan kesihatan haiwan-haiwan peliharaannya," tambah agensi-agensi tersebut.
JTC merupakan pemilik baru kawasan itu sementara NParks mengurus plot tanah yang didiami kawasan ladang tersebut, yang terletak di 81 Seletar West Farmway 5.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.