Pickleball bukan untuk golongan tua sahaja; makin popular dalam golongan muda SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Dicipta pada 1965, pickleball adalah sukan yang menggabungkan aspek badminton, tenis dan tenis meja. Ia boleh dimainkan dalam kedua-dua format perseorangan atau beregu.
Ia juga boleh dimainkan di tempat tertutup atau di luar, biasanya di gelanggang badminton. Para pemain menggunakan raket untuk memukul sebuah bola plastik melintasi jaring yang mempunyai ketinggian seperti jaring tenis.
Sukan itu bertambah popular di Amerika Syarikat (AS) sejak kebelakangan ini, di mana ia sudah menjadi sukan paling berkembang maju di negara itu sejak tiga tahun lalu.
Demikian menurut Persatuan Industri Sukan dan Kecergasan berpangkalan di AS.
Sejumlah atlit terkenal di AS juga sudah melabur dalam pasukan pickleball profesional. Ini termasuk pemenang Super Bowl tujuh kali Tom Brady, bekas pemain tenis nombor satu dunia Kim Clijsters dan, bintang NBA Lebron James dan Draymond Green.
Pickleball diperkenalkan kepada Singapura pada 1990 namun popularitinya hanya meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kini, terdapat antara 30 hingga 40 kumpulan yang kerap bermain pickleball di Singapura, kata Encik Chong, Presiden Persatuan Pickleball Singapura.
Secara keseluruhan, terdapat 1,500 hingga 2,000 pemain aktif.
Encik Chong berkata Persatuan Pickleball Singapura mempunyai program-program yang memperkenalkan sukan itu di sekolah-sekolah dan menggalak orang ramai untuk mencubanya.
Pandemik COVID-19 juga mencetuskan minat kepada sukan itu disebabkan penutupan beberapa tempat sukan tertutup, tambah Encik Chong. Orang ramai dihadkan kepada gelanggang serba guna di luar dan sebahagian daripada mereka memilih pickleball.
Naib presiden persatuan itu, Lim Ee Kiong berkata generasi muda lebih minat untuk mencuba sukan-sukan alternatif.
Antara kelebihan pickleball berbanding sukan lain adalah kemungkinan rendah berlakunya kecederaan, tambah Encik Chong.
BUKAN UNTUK GOLONGAN TUA SAHAJA
Seorang pemain pickleball, Hantao, yang diperkenalkan kepada sukan itu oleh rakannya, kini mempunyai harapan untuk mewakili Singapura dalam sukan itu satu hari nanti.
"Apabila saya beritahu kawan-kawan saya tentang pickleball, kebanyakan daripada mereka pernah mendengar atau pernah melihatnya. Tetapi reaksi mereka adalah: 'Oh, bukan ke ia sukan untuk orang tua?"
Itu adalah tanggapan salah yang difikirkan kebanyakan orang, kata Encik Chong.
Ia adalah sukan yang terbuka kepada semua peringkat umur dan boleh dimainkan oleh semua orang, bukan sahaja golongan tua.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.