Skip to main content

Singapura

Piawaian baru untuk pastikan program kembara luar darjah lebih selamat

Sebuah standard kebangsaan sedang dibangunkan untuk membuat program kembara luar bilik darjah lebih selamat untuk para pelajar.

Anggaran Waktu Membaca:
Piawaian baru untuk pastikan program kembara luar darjah lebih selamat

Aktiviti luar darjah secara berpasukan di OBS. (Gambar: Outward Bound Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 24 Jan 2024 07:28PM Dikemas Kini : 24 Jan 2024 08:11PM
SINGAPURA: Sebuah standard kebangsaan sedang dibangunkan untuk membuat program kembara luar bilik darjah lebih selamat untuk para pelajar.

Ia menggariskan syarat-syarat keselamatan bagi syarikat yang mengendalikan kegiatan sedemikian.

Ia memperbaiki garis panduan baharu yang menjelaskan bagaimana pengendali harus bertindak ketika berlakunya kecemasan.

Penambahbaikan tersebut dilakukan berikutan kematian pelajar 15 tahun ketika dia menjalani kegiatan elemen tinggi pada 2021.

Kegiatan luar darjah seperti elemen tinggi dan menerokai laut bertujuan untuk membina generasi yang aktif dan berdaya tahan.

Namun, program sedemikian mempunyai elemen berbahaya dan berisiko.

Oleh itu, syarikat-syarikat pengendali memerlukan panduan untuk menangani sebarang keadaan kecemasan.

Garis panduan itu menjelaskan cara untuk membuat persiapan bagi sebarang kecemasan, seperti mengenal pasti tahap kecederaan, seperti kaki terseliuh atau kelecuran yang mengancam nyawa.

Ia juga menggariskan peranan tertentu yang harus dilakukan setiap anggota kakitangan sekiranya sesuatu buruk berlaku.

Pengendali juga diajar cara untuk menilai mengapa satu kemalangan boleh berlaku dan apa yang boleh dipelajari daripadanya.

Kebanyakan syarikat kembara luar darjah mempunyai rancangan yang serupa.

Meskipun demikian, garis panduan itu berfungsi sebagai penanda aras bagi pengendali, untuk dibandingkan.

Sebagai contoh, ia mungkin membantu mengenal pasti jurang dalam latihan kakitangan sambilan, yang membentuk sebahagian besar sumber tenaga kerja industri tersebut.

Bagi syarikat lebih kecil, ia mungkin sukar untuk melatih semula kakitangan disebabkan kekurangan sumber.

Untuk meningkatkan lagi keselamatan, standard keselamatan kebangsaan yang sedang dibangunkan akan merangkumi kegiatan darat, air dan ketinggian.

17 pertubuhan seperti sekolah dan pengendali privet terlibat dalam usaha tersebut.

Langkah tersebut dialu-alukan bagi mereka yang melatih kumpulan kakitangan seterusnya, yang akan mengendalikan program kembara luar darjah.

Orang awam boleh memberikan maklum balas mengenai standard kebangsaan tersebut lewat tahun ini.

Standard itu dijangkakan bakal diterbitkan tahun hadapan.
Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita