Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Piawai pelepasan karbon diusul bagi syarikat jana elektrik S'pura

Piawaian hijau tidak lama lagi mungkin akan diperkenalkan untuk syarikat-syarikat penjanaan tenaga sedang Singapura berusaha untuk menguraikan sektor tenaga dan mengurangkan jejak karbonnya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Piawai pelepasan karbon diusul bagi syarikat jana elektrik S'pura

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Aug 2021 05:34PM Dikemas Kini : 30 Aug 2021 05:35PM

SINGAPURA: Piawaian hijau tidak lama lagi mungkin akan diperkenalkan untuk syarikat-syarikat penjanaan tenaga sedang Singapura berusaha untuk menguraikan sektor tenaga dan mengurangkan jejak karbonnya.

Di bawah perubahan-perubahan yang disarankan bagi Akta Elektrik, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) akan dapat melaksanakan piawaian dan dasar-dasar yang boleh mensyaratkan syarikat-syarikat untuk mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau yang dikeluarkannya di samping menggalak penggunaan teknologi-teknologi yang lebih cekap tenaga dan karbon.

Draf undang-undang itu boleh membantu mengurangkan pelepasan bagi negara yang bergantung kepada bahan api fosil - gas semula jadi yang membekalkan lebih 95 peratus keperluan tenaganya - sedang ia meneroka alternatif rendah karbon seperti hidrogen.

Ia melengkapi skim-skim insentif sedia ada seperti geran bagi syarikat penjanaan tenaga untuk meningkatkan kecekapan tenaga unit-unitnya serta beralih kepada kaedah penjanaan tenaga yang lebih bersih dan cekap.

Pada Jumaat (27 Ogos), EMA dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) melancarkan perundingan awam selama tiga minggu untuk mendapatkan maklum balas mengenai usulan yang disarankan pada undang-undang tenaga Singapura. Ia termasuk Akta Penguasa Pasaran Tenaga Singapura, Akta Elektrik dan Akta Gas.

Pindaan-pindaan tersebut ditetapkan di bawah Rang Undang-Undang Tenaga (Langkah-Langkah Daya Tahan dan Pindaan Lain), yang akan membolehkan EMA untuk melaksanakan peralihan tenaga negara sambil memastikan kelestarian, keselamatan dan kebolehpercayaan sektor tenaga.

Antara perubahan-perubahan yang diusulkan di bawah rang undang-undang itu adalah untuk memberi kuasa kepada EMA memperolehi, membangunkan dan mengendalikan prasarana penting.

Ini dilakukan sedang pandemik dan peralihan ke sumber tenaga lebih bersih seperti tenaga suria serta import elektrik melemahkan minat pelabur untuk membangunkan kapasiti generasi baru.

Draf undang-undang itu akan membolehkan EMA untuk membangunkan dan mengendalikan prasarana sektor tenaga jika pasaran swasta gagal berbuat demikian. Ini bagi memastikan bekalan elektrik yang mencukupi dan diyakini semasa peralihan tenaga.

Ia juga akan membolehkan penguasa itu untuk meningkatkan modal atau mengeluarkan bon bagi prasarana untuk membiayai pembinaan prasarana-prasarana penting jika perlu.

Pindaan lain termasuk meningkatkan perlindungan bagi prasarana penting elektrik dan gas dengan menjadikannya satu kesalahan untuk merosakkan kabel prasarana penting atau talian paip seperti terowong kabel. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan