Piawai industri pembelajaran luar darjah dilancar untuk tingkatkan amalan keselamatan
Industri pembelajaran di luar bilik darjah melancarkan piawaiannya yang pertama hari ini (24 Mac), dengan tujuan untuk meningkatkan amalan-amalan keselamatannya.
SINGAPURA: Industri pembelajaran di luar bilik darjah melancarkan piawaiannya yang pertama hari ini (24 Mac), dengan tujuan untuk meningkatkan amalan-amalan keselamatannya.
Langkah itu diambil setelah pendidikan di luar bilik darjah diberi lebih penekanan dengan adanya rangka kerja Kementerian Pendidikan (MOE) bagi para pelajar.
Sekitar 100 pihak berkepentingan termasuk para pengamal serta orang awam, dirujuk bagi menghasilkan piawaian itu.
Piawaian tersebut meliputi kegiatan-kegiatan seperti berkhemah dan ekspedisi ke luar negara.
Ia diharap agar garis panduan itu dapat membantu mengelakkan daripada masalah keselamatan.
Piawaian berkenaan juga meliputi amalan pengambilan pekerja, termasuk melakar rancangan kerjaya pekerja serta rangka kerja keupayaan.
Memandang ke hadapan, persatuan tersebut merancang untuk menggalak lebih ramai pemain industri mengamalkan piawaian itu dan diiktiraf pada masa akan datang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.