Skip to main content

Singapura

Piawai dipertingkat bagi kenderaan tanpa pemandu di S'pura

Satu set piawaian sementara sebagai panduan yang selamat bagi kenderaan tanpa pemandu di Singapura sudah dipertingkatkan menyusuli semakan yang dijalankan, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Majlis Piawaian Singapura (SSC) pada Jumaat (3 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Piawai dipertingkat bagi kenderaan tanpa pemandu di S'pura

Permandangan dari dalam sebuah kenderaan tanpa pemandu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Sep 2021 02:13PM Dikemas Kini : 03 Sep 2021 02:14PM

SINGAPURA: Satu set piawaian sementara sebagai panduan yang selamat bagi kenderaan tanpa pemandu di Singapura sudah dipertingkatkan menyusuli semakan yang dijalankan, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Majlis Piawaian Singapura (SSC) pada Jumaat (3 Sep).

Piawaian-piawaian tersebut, dalam bentuk rujukan teknikal (TR) 68, kini akan mengandungi garis panduan baru berhubung pelaksanaan pembelajaran mesin, pengurusan kemas kini sofwe, dasar keselamatan siber dan rangka kerja pengujian.

Ini akan membolehkan kenderaan tanpa pemandu untuk dikembangkan sejajar dengan kemajuan teknologi terkini dan melicinkan lagi peralihan dari pembangunan kepada pengoperasian kenderaan tanpa pemandu, menurut LTA dan SSC dalam satu kenyataan media bersama.

"Ia juga menyediakan garis panduan keselamatan yang dikemas kini untuk menjalankan ujian AV (kenderaan tanpa pemandu) di jalan raya Singapura. Demi mempermudahkan pembangunan bersama huraian mobiliti bijak dan mempertingkatkan pengoperasian AV antara penyedia khidmat yang berbeza, piawaian yang disemak semula menampilkan kemas kini bagi bentuk dan format data," tambah kedua-dua pihak.

Ia diumumkan selepas satu semakan dijalankan dari Mac 2020 hingga Julai tahun ini oleh empat kumpulan kerja yang dilantik oleh SSC dan diselia oleh Enterprise Singapore.

Semakan tersebut kemudian diterajui oleh industri berkenaan dan disokong oleh LTA, menurut SSC dan LTA.

TR 68 pertama kali diterbitkan pada 2019 dan sejak itu, lebih 200 perusahaan sudahpun mengakses TR 68, tambah LTA dan SSC.

"TR memberi garis panduan kepada para pemain industri untuk membangunkan dan melaksanakan huraian AV dan menyokong ekosistem AV Singapura termasuk syarikat-syarikat pemula, SME dan pemeriksaan ujian serta pensijilan bagi penyedia khidmat."

Persekutuan Pengilang Singapura - Pertubuhan Pembangunan Piawai akan menganjurkan sebuah bengkel pada Oktober untuk membantu syarikat-syarikat memahami dan melaksanakan TR 68 secara berkesan.

TR 68 boleh dibeli melalui laman SSC.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita