Piawai baru dilancar, beri ladang SG kelebihan di pasaran serantau
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu piawai baru makanan pertanian akan memberi kelebihan kepada ladang-ladang tempatan di pasaran serantau.
Namun langkah untuk mendapatkan sijil sedemikian mungkin memerlukan huraian lebih kreatif.
Piawaian tersebut dilancarkan secara bersama pada Jumaat (28 Okt) oleh Persekutuan Pengilangan Singapura (SMF) dan Pertubuhan Pembangunan Piawaian (SDO).
Piawai itu menyeru pendekatan lebih menyeluruh terhadap pengurusan ladang - daripada pemilihan lahan dan jaminan mutu, hinggalah kepada kemampuan menjejak produk.
Pendekatan tersebut dijangka dapat meningkatkan keyakinan para pengguna ke atas produk-produk pertanian yang dihasilkan.
Sistem piawaian baru itu turut diselaraskan kepada ukurtara serantau dan antarabangsa. Ini dijangka dapat meluaskan lagi jangkauan pasaran bagi ladang tempatan.
Namun, mematuhi piawaian tersebut memerlukan sistem dokumentasi lebih ketat dan menyeluruh untuk ladang-ladang tempatan. Lantas memerlukan lebih banyak sumber, terutama tenaga kerja.
Oleh itu, ada yang memanfaatkan huraian inovasi seperti automasi dan kecerdasan buatan untuk menangani isu pasaran buruh yang ketat.

Sumber : CNA/IQ/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.