Piala Suara Serumpun online tetap meriah di tengah COVID-19
Budaya silaturrahim dan bahasa Melayu masih dilestari di tengah-tengah pandemik COVID-19.
BERITAmediacorp: Budaya silaturrahim dan bahasa Melayu masih dilestari di tengah-tengah pandemik COVID-19.
13 kumpulan dikir barat dari institusi pengajian tinggi di sini menyertai pertandingan online dikir barat e-Piala Suara Serumpun.
Dianjurkan pergerakan Bapa Sepanjang Hayat dengan kerjasama Serumpun Dikir.Sg dan kumpulan dikir barat Andika Kencana, pertandingan dikir itu dijalankan menerusi platform zoom.
Bagi memastikan langkah jarak selamat dipatuhi, setiap kumpulan merakam persembahan mereka pada masa yang berbeza.
Meskipun demikian, ini tidak menghambat prestasi setiap kumpulan yang bertanding.
Kumpulan Ardwinda dari Kolej Tengah ITE dijulang juara keseluruhan dan pemenang Kategori Wanita.
Manakala Satria Sukma dari Politeknik Ngee Ann pula dinobat selaku pemenang kategori lelaki.
"Meskipun pergerakan kita terbatas, kita tidak seharusnya mengaku tewas dan membiarkan aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan seperti dikir barat, terkubur tanpa usaha untuk melestarikannya," kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman dalam ucapannya di acara tersebut.
"Dikir barat sememangnya merupakan salah satu cabang seni yang bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan diri belia kita; dikir barat juga memberikan penekanan pada penggunaan bahasa Melayu yang bermutu."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.