Piala Bangsawan 2024 perkenal dua kategori baharu buat prasekolah dan silang generasi
Piala Bangsawan kembali diadakan pada Jumaat (12 Sep) dengan dua kategori baharu iaitu untuk murid prasekolah dan kategori terbuka bagi peserta dewasa.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Piala Bangsawan kembali diadakan pada Jumaat (13 Sep) dengan dua kategori baharu iaitu untuk murid prasekolah dan kategori terbuka bagi peserta dewasa.
Ini bagi meluaskan lagi jangkauan usaha penganjur Opera Academy untuk melestarikan seni bangsawan.
Selain memupuk minat terhadap Bahasa Melayu, inisiatif tersebut juga diharap dapat melestarikan seni bangsawan.
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya bukan? Kami mahukan para pelajar ini berasa teruja, seronok dengan bermain dengan bahasa dan budaya Melayu pada peringkat umur yang lebih kecil lagi. Mudah-mudahan apabila mereka pergi ke sekolah rendah dan menengah, mereka akan juga turut terlibat dengan Piala Bangsawan dan perkara ini bukan sesuatu yang asing bagi mereka kerana mereka sudah pun mempunyai pengalaman di peringkat prasekolah itu sendiri," kata Pengarah, Program dan Operasi, Opera Academy, Muhammad Hafiz Yusof kepada wartawan Syawal Yusoff.
30 PESERTA DARIPADA DUA CAWANGAN TADIKA 7OAKS AMBIL BAHAGIAN
Setelah gigih berlatih sepanjang 1.5 bulan yang lalu di bawah bimbingan guru-guru serta jurulatih Opera Academy, murid-murid daripada tadika 7oaks Pasir Ris Street 51 muncul juara dalam kategori prasekolah.
Dalam percubaan sulung ini, Opera Academy berjaya menarik penyertaan 30 murid prasekolah daripada dua tadika 7oaks cawangan Pasir Ris Street 11 dan Pasir Ris Street 51.
"Kami ingin menyemarakkan Bahasa Melayu dengan memperkenalkan Bangsawan kepada prasekolah. Kami juga ingin memberi peluang kepada bakat-bakat cilik di Singapura untuk menunjukkan bakat mereka yang mungkin terpendam," kata Pengurus Kanan, Kurikulum, Opera Academy, Cik Nur Aisyah Jumadi.
Selain teknik persembahan, murid-murid itu turut pelajari aspek-aspek utama sesebuah persembahan bangsawan termasuk adab, lenggok dan nada.
Setiap kumpulan diberi masa sehingga tujuh minit dan kebebasan menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk membuat persembahan naskhah skrip berjudul 'Burung Bulbul'.
Skrip itu pernah dipentaskan di Korea Selatan dan Filipina sebelum ini.
"Kami memilih cerita yang agak mudah jalan ceritanya yang mungkin sudahpun pernah mereka dengar atau mungkin ibu bapa pernah dengar dan boleh menerangkan kepada para pelajar ini.
"Dalam bangsawan 'Burung Bulbul' itu juga ada elemen-elemen yang menarik seperti adanya binatang, ada burung bulbul, ada katak, ada lembu. Di samping itu, ada juga watak-watak manusia. Dengan itu, agak mudah untuk guru-guru di sekolah, bermain dengan watak watak ini. Tujuan kami adalah untuk mempermudahkan proses latihan bagi guru-guru," ujar Encik Hafiz.
Usaha sedemikian disambut baik para pendidik prasekolah dalam memupuk minat terhadap bahasa dan seni tersebut dalam kalangan murid-murid.
"Di dalam bilik darjah, mereka (pelajar) sering berbahasa Inggeris sahaja. Ini adalah salah satu daripada wadah untuk mereka belajar tentang bahasa Melayu dengan lebih mudah," kata guru tadika 7oaks Pasir Ris Street 51, Cikgu Najah Adam.
"Saya mulakan dengan watak-watak utama dahulu. Saya membacakan skrip bersama mereka sebelum mereka lakonkan bahagian mereka. Seterusnya bahagian-bahagian yang lain seperti pokok dan bunga, saya bimbing mereka kemudian. Selepas itu saya gabungkan mereka semua menjadi satu persembahan bangsawan yang dapat disaksikan," jelasnya.
Selain gelaran Juara Keseluruhan, tadika 7oaks Pasir Ris Street 51 juga berjaya memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Arahan Terbaik, Korus Terbaik, Kostum Terbaik dan Prop Terbaik.
Mereka menerima piala, pingat dan baucar bernilai $200.
Persembahan mereka dinilai barisan pengadil yang terdiri daripada penggiat bangsawan mapan, Azman Shariff, Mahyonis Mahfudz, Nurijah Sahat dan Nadiputra.
Encik Hafiz berharap ini akan mendorong lebih banyak prasekolah untuk sertai edisi-edisi akan datang.
"Saya rasa itu akan menjadi seakan batu loncatan untuk dapatkan lebih banyak sekolah lagi untuk turut terlibat dengan kita. Ada juga pihak prasekolah yang sebenarnya risau. 'Maaf, kami hanya ada beberapa bilangan pelajar Melayu sahaja' tetapi hakikatnya walaupun ia bangsawan Melayu tetapi pihak Opera Academy sangat menguar-uarkan atau sangat menggalakkan penyertaan dari kaum lain," ujarnya.
KATEGORI TERBUKA TURUT DIPERKENALKAN
Selain kategori bagi murid prasekolah, Piala Bangsawan kali ini juga memperkenalkan kategori terbuka.
Ini berikutan permintaan ramai dalam pertandingan itu tahun lalu.
Ia juga bagi membolehkan peserta berbilang generasi untuk bekerjasama dan saling bertukar ilmu dan kepakaran.
"Ia memberi ruang untuk golongan muda dan golongan yang lebih berpengalaman untuk berganding bahu. Ramai penggiat-penggiat seni teater bangsawan yang sebenarnya sudah lama tidak melibatkan diri dalam seni teater bangsawan ini sendiri.
"Kita ingin menunjukkan golongan yang lebih muda lagi yang kita ada juga golongan yang kita boleh letak sebagai rujukan. Mereka mungkin boleh lihat bagaimana seni teater bangsawan itu mungkin diadakan secara autentik," jelas Encik Hafiz.
Di kemuncak acara yang berlangsung di Esplanade semalam (13 Sep), pasukan Gapura Suria dinobatkan sebagai juara kategori terbuka.
Menariknya, kategori ini turut menarik peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk peserta bukan Melayu, warga emas dan pemandu sewa privet.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.