Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Piala AFF Mitsubishi Electric: Skuad Singa yakin dapat pungut lagi 3 mata, kalahkan Vietnam

Para pemain pasukan bola sepak negara yakin dengan kekuatan skuad negara untuk mampu mengatasi pasukan negara Vietnam.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Para pemain pasukan bola sepak negara yakin dengan kekuatan skuad negara untuk mampu mengatasi pasukan negara Vietnam.

Skuad Singa itu akan berdepan dengan juara sebanyak dua kali Kejuaraan AFF pada Jumaat (30 Dis), 8.30 malam.

Kedua-dua pasukan setakat ini sudah berjaya memungut 6 mata selepas memenangi dua perlawanan pertama masing-masing.

Ini merupakan perlawanan genting kerana kemenangan salah satu pasukan ini akan menentukan tempat pertama bagi kedudukan dalam pasukan B.

Pemain tengah Shah Shahiran tidak menafikan kekuatan pasukan Vietnam yang sudah menjaringkan sembilan gol selepas dua perlawanan.

Namun, pemain tersebut yang menjaringkan satu gol semasa perlawanan pembukaan menentang Myanmar memberi jaminan bahawa pasukan negara akan tetap memberikan yang terbaik bagi perlawanan tersebut dan cuba merebut 3 mata.

'

"Kita akan bermain bersungguh-sungguh. Semuanya bergantung kepada rancangan jurulatih dan kita akan berikan 100 peratus untuk perlawanan itu dan kita harus menang. Kita perlu mengatasi kekuatan pasukan Vietnam," ujar Shah.

Shah juga berkata bahawa Singapura mempunyai kekuatan tersendiri yang genting untuk mengatasi pasukan pimpinan Park Hang-seo itu.

"Kita ada keupayaan 'aerial'. Untuk setiap 'set piece' kita perlu memanfaatkannya," kata Shah.

Setakat ini, dua daripada lima gol yang dijaringkan pasukan Singa adalah menerusi tandukan.

Seorang lagi pemain yang pertama kali beraksi dengan skuad negara, Farhan Zulkifli, juga yakin akan kemampuan skuad negara untuk mengatasi pasukan Vietnam.

Untuk Farhan, kerjasama antara para pemain semasa perlawanan adalah sangat penting semasa perlawanan, terutama sekali menentang para pahlawan Bintang Emas nanti.

'

Farhan mengatakan bahawa semangat di antara pasukan Singa sangat positif, lebih-lebih lagi selepas memenangi dua perlawanan pertama mereka termasuk keputusan 2-0 menentang Laos pada Selasa lalu (27 Dis).

"Kita akan membawa momentum kemenangan kita untuk perlawanan ini. Keputusan menang untuk dua perlawanan sebelum ini sangat penting untuk semangat kita, dan penting untuk kita teruskan perjuangan kami. Kami yakin boleh menang nanti," ujar Farhan.

Pasukan Singa akan menentang Vietnam pada jam 8.30 malam nanti (30 Dis) di Stadium Jalan Besar.

Orang ramai juga boleh menyaksikan perlawanan Kejuaraan AFF Mitsubishi Electric itu secara langsung menerusi MeWatch.

Sekiranya Singapura menang perlawanan menentang Vietnam, pasukan Singa akan menduduki takhta kumpulan B dengan 9 mata, sekali gus meraih peluang cerah untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Singapura pernah menjulang piala Kejuaraan AFF sebanyak empat kali iaitu pada 1998, 2004, 2007 dan 2012.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan yang terakhir, pasukan Singa akan menentang pasukan Malaysia di Stadium Bukit Jalil, pada Selasa (3 Jan).

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan