Phoon Chiu Yoke sekali lagi didakwa kerana tidak pakai pelitup
SINGAPURA: Setelah dipenjara pada 2021 kerana melanggar beberapa peraturan berkaitan COVID-19, Phoon Chiu Yoke, yang tular di media sosial kerana berulang kali tidak memakai pelitup, kembali ke mahkamah pada Jumaat (24 Feb) untuk mencabar tiga lagi tuduhan serupa.
Phoon 55 tahun, juga dituduh gagal hadirkan diri dalam siasatan oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) tahun lalu kerana tidak memakai pelitup.
Dia berdepan empat tuduhan secara keseluruhannya, termasuk gagal memakai pelitup sebanyak dua kali di Orchard Road - di luar pusat beli-belah Mandarin Gallery dan luar di luat kedai Victoria's Secret - pada 6 Mac tahun lalu; serta gagal memakai pelitup di ION Orchard pada Ogos lalu.
Insiden di Orchard Road itu dirakam oleh personaliti media sosial Xiaxue, yang sedang membuat rakaman di luar Mandarin Gallery apabila Phoon memasuki bingkai video di belakangnya.
Xiaxua - yang nama sebenarnya adalah Wendy Cheng serta jurugambarnya Kent Lee Chee Hao, menjadi saksi pihak pendakwa pada Jumaat, iaitu hari pertama perbicaraan Phoon.
Phoon tiba di mahkamah tanpa peguam dan mewakili dirinya sendiri.
Apabila ditanya mengenai tingkah laku Phoon, Cik Cheng berkata, dia kelihatan agak "sombong" sambil "berjalan-jalan tanpa sebarang hala tuju".
"Saya rasa dia agak dingin seolah-olah tidak ingin berbual dengan orang lain."
Cik Cheng berkata Phoon tidak memakai pelitup dan tidak kelihatan seperti sedang minum, makan atau mengambil ubat.
Perbicaraan akan diteruskan pada petang Jumaat, dengan lebih ramai saksi dijangka memberikan keterangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.