Phoon Chiu Yoke minta kelulusan mahkamah untuk tinggalkan S'pura selepas didakwa sekali lagi tidak pakai pelitup
Anggaran Waktu Membaca:
Phoon Chiu Yoke tiba di Mahkamah Negara pada 7 September 2022. (Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)
SINGAPURA: Beberapa jam selepas didakwa atas kesalahan baru kerana gagal memakai pelitup, seorang wanita kembali ke mahkamah bagi mendapatkan kelulusan untuk meninggalkan Singapura.
Phoon Chiu Yoke,55 tahun, berkata dia sudah berhasrat merancang untuk pergi ke China melalui Hong Kong sebelum diberitahu tentang dakwaan terbarunya.
Phoon dikenakan dua tuduhan pada Rabu (7 Sep) kerana gagal memakai pelitup di Orchard Road beberapa minggu sebelum peraturan memakai pelitup di luar bangunan dilonggarkan. Dia juga dikenakan dakwaan ketiga kerana gagal hadir pada siasatan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) kerana tidak memakai pelitup.
Pada Rabu petang, Phoon kembali ke mahkamah bagi membuat permohonan untuk meninggalkan Singapura.
Pihak pendakwa polis menyatakan mereka diberitahu oleh STB bahawa Phoon berdepan dengan dakwaan keempat yang belum lagi dikemukakan.
Mengenai permohonnya untuk meninggalkan Singapura, pihak pendakwa meminta kes tersebut ditetapkan pada Isnin kerana mereka belum mendapat butirannya.
Hakim memberitahu Phoon bahawa dokumen yang disertakan dalam permohonan tersebut tidak lengkap. Phoon merancang untuk bertolak dari Singapura ke China pada 13 September.
Namun, hakim berkata dia hanya memberikan jadual melancong dalam China dan bukan Hong Kong. Tiada tiket dari Singapura ke Hong Kong atau China dihantarkan.
Phoon menjelaskan bahawa dia akan ke Hong Kong dari Shenzhen melalui jalan darat.
Hakim juga berkata Phoon tidak ada tiket perjalanan dari Singapura ke Hong Kong dan bertanya jika dia boleh pergi ke China tanpa kelulusan yang diperlukan.
Phoon menjawab bahawa dia sudah periksa dengan pihak berkuasa dan mendakwa dia boleh masuk ke China untuk tempoh 14 hari tanpa perlu visa atau kuarantin.
Pelancong ke China harus menjalani tempoh kuarantin tujuh hari di pusat khas, diikuti dengan pemantauan di rumah selama tiga hari di kebanyakan bandar, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu pada 27 Jun.
Rakyat Singapura dinasihatkan supaya memeriksa dengan pihak berkuasa tempatan mengenai syarat kuarantin dan dasar lain yang diperlu dipatuhi, kata Kementerian Ehwal Luar Singapura di laman web mereka.
Hakim meminta Phoon menyerahkan dokumen lain yang diperlukan dan menangguhkan kes itu kepada Isnin, di mana permintaan itu akan dipertimbangkan.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.