Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Phoon Chiu Yoke dikenakan tuduhan baru, tidak guna pelitup selama 15 minit di ION Orchard

Anggaran Waktu Membaca:
Phoon Chiu Yoke dikenakan tuduhan baru, tidak guna pelitup selama 15 minit di ION Orchard

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)

SINGAPURA: Seorang wanita yang keluar masuk mahkamah kerana gagal memakai pelitup ketika ia diwajibkan menerima tuduhan baru yang serupa.

Phoon Chiu Yoke, 55 tahun, pada Jumaat (7 Okt) dikenakan satu tuduhan gagal menggunakan pelitup dengan betul selama kira-kira 15 minit ketika di ION Orchard.

Dia didakwa melakukan demikian antara pukul 11.48 pagi dengan 12.03 tengah hari pada 16 Ogos 2022, beberapa hari sebelum peraturan menggunakan pelitup dimansuhkan di beberapa tempat kecuali di dalam pengangkutan awam dan beberapa tempat tertentu seperti di kemudahan jagaan kesihatan.

Phoon kini berdepan dengan empat tuduhan keseluruhannya. Dia dikenakan tiga tuduhan pada September kerana gagal menggunakan pelitup sebanyak dua kali di Orchard Road pada Mac dan gagal hadir bagi satu siasatan.

Kesnya ditangguhkan kepada 14 Oktober di mana dia akan kembali ke mahkamah bagi persidangan sebelum perbicaraan.

Phoon sebelum ini berkata dia ingin mengaku bersalah.
Jika sabit kesalahan kerana gagal memakai pelitup apabila diwajibkan, Phoon boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$20,000 atau kedua-duanya sekali sebagai seorang pesalah berulang.

Hukumannya adalah sama bagi kesalahan berulang tidak bekerjasama dengan seorang pegawai semasa siasatan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan