Phoon Chiu Yoke akan dibicarakan atas kesalahan terbaru berhubung pelitup
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA
SINGAPURA: Wanita yang keluar masuk mahkamah kerana gagal menggunakan pelitup semasa pandemik COVID-19 dijadual dibicarakan atas kesalahan terbarunya.
Tarikh perbicaraan Phoon Chiu Yoke, 55 tahun, ditetapkan pada Februari selepas sidang sebelum perbicaraan pada Jumaat (25 Nov).
Menurut dokumen mahkamah, Phoon tidak diwakili peguam.
Dia berdepan empat tuduhan secara keseluruhan kerana gagal menggunakan pelitup sebanyak dua kali di Orchard Road pada Mac, sekali lagi ION di Orchard pada Ogos serta gagal menghadiri siasatan.

Perbicaraan itu merupakan tuduhan kedua kerana gagal menggunakan pelitup. Dia dijatuhkan hukuman penjara 16 minggu pada September tahun lalu bagi tuduhan pertama.
Jika sabit kesalahan kerana gagal memakai pelitup apabila diwajibkan, Phoon boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$20,000 atau kedua-duanya sekali sebagai seorang pesalah berulang.
Hukumannya adalah sama bagi kesalahan berulang kerana tidak bekerjasama dengan seorang pegawai semasa siasatan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.