Pfizer-BioNTech mohon kelulusan di S'pura bagi pil anti COVID-19
Pil anti COVID-19, Paxlovid, keluaran Pfizer. (Gambar: AFP/Pfizer)
SINGAPURA: Syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech menghantar permohonan kepada pihak berkuasa Singapura agar pil antivirus COVID-19 keluarannya diberikan kelulusan untuk digunakan di sini di bawah laluan akses khas pandemik.
Pil Paxlovid itu bagi merawat pesakit COVID-19 berusia 12 tahun ke atas yang tidak mengalami sakit teruk.
Ia juga digunakan bagi mereka yang mempunyai risiko lebih tinggi meninggal dunia atau perlu dimasukkan ke hospital.
Pil tersebut mendapat kelulusan pada Rabu (22 Dis) di Amerika Syarikat bagi penggunaan semasa kecemasan.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) meluluskannya setelah ujian klinikal menunjukkan ia berupaya mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan individu berisiko sebanyak 88 peratus.
Selain Paxlovid, Singapura telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan ubat antivirus keluaran syarikat farmaseutikal Merck.
Pil keluaran Merck itu belum mendapat lampu hijau untuk digunakan.
Laporan berkaitan:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.