Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peti sejuk dibuang di Hutan Clementi akhirnya diangkut selepas setahun

Anggaran Waktu Membaca:
Peti sejuk dibuang di Hutan Clementi akhirnya diangkut selepas setahun

(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

SINGAPURA: Selama lebih setahun, sebuah peti sejuk yang ditinggalkan di tengah-tengah Hutan Clementi, menjadi keprihatinan seorang lelaki dari Rusia yang amat menggemari alam semula jadi. 

Dia kemudian mengusahakan untuk membersihkan kawasan hutan daripada sisa elektronik.

Encik Semenov Pavel Dmitrievich, 40 tahun, pertama kali ternampak peti sejuk itu semasa meredah Hutan Clementi pada Mac 2022 dan  terlanggar sesuatu objek, menyebabkan kakinya sakit, kongsi beliau kepada Mediacorp dalam satu wawancara menerusi emel. 

Dia kemudian,  bertanya pendaki lain di akaun Facebook Singapore Hikers sama ada dia harus mengangkut keluar peti sejuk itu sendiri, namun dinasihatkan agar tidak berbuat demikian. 

Beberapa orang juga menyarankannya supaya memfailkan aduan kepada pihak berkuasa menerusi aplikasi OneService. Dia pun melakukan demikian. 

Namun, setahun kemudian, peti sejuk itu masih tetap berada di tempat yang sama yang terletak sekitar 10 minit daripada tempat masuk Koridor Kereta Api di Holland Plain, sekali gus membahayakan keselamatan pendaki lain, kata Encik Semenov menyusuli lawatannya ke Hutan Clementi pada Ahad (16 Apr). 

Apabila Mediacorp pergi ke tempat itu pada Jumaat (21 Apr), peti sejuk yang sudah berkarat itu telah dipindahkan beberapa meter dari tempat asal yang digambarkan oleh Encik Semenov, tetapi masih berada di dalam hutan tersebut.

Pada Isnin (24 Apr), Encik Semenov berkata, peti sejuk itu akhirnya telah diangkut keluar dari Hutan Clementi. 

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Lembaga Taman Negara (NParks) pada Isnin mengatakan, ia dimaklumkan mengenai kes  peti sejuk yang dibuang secara haram di Hutan Clementi pada Mac lalu menerusi aplikasi OneService. 

"Memandangkan peti sejuk itu ditinggalkan berdekatan dengan Koridor Kereta Api, atas keprihatinan mengenai kesan pembuangan dilarang itu terhadap biodiversiti, NParks membuat aturan agar ia dikeluarkan. Peti sejuk itu kemudian diangkut keluar pada 21 April 2023." 

Lembaga itu menyatakan, bersama Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), ia sedang menyemak semula proses dalaman mengenai sebab peti sejuk itu lambat dikeluarkan. 

Peti sejuk itu, dikeluarkan lima hari selepas Mediacorp menghubungi pihak berkuasa.

Mediacorp  menghubungi NParks, Penguasa Tanah Singapura (SLA), NEA dan Pejabat Khidmat Perbandaran (MSO) sepanjang minggu lalu. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan