Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peti sejuk bijak di Bukit Timah & Bukit Gombak bantu kurangkan pembaziran makanan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Usaha mengurangkan pembaziran makanan semakin memanfaatkan kaedah lebih bijak.

Peti-peti sejuk bijak yang diletakkan di Bukit Timah dan Bukit Gombak bukan sekadar mengurangkan pembaziran, malah turut memastikan bekalan disimpan secara lebih berkesan.

Di bawah inisiatif ini, bahan makanan yang hampir mencecah tarikh luput diletakkan ke dalam peti sejuk untuk diagihkan secara percuma kepada penduduk.

Untuk mengakses peti sejuk bijak ini, penduduk mesti terlebih dahulu mendaftarkan diri.

Kemudian, mereka perlu mengimbas kod QR yang diberi untuk membuka pintu yang terkunci.

Setiap pengguna boleh mengambil sehingga lima barang setiap bulan.

Kamera yang dipasang dalam peti sejuk pula membolehkan pihak vendor memantau inventori.

Kedai-kedai yang menyokong inisiatif ini berjaya mengurangkan pembaziran produk F&B mereka antara 30 hingga 80 peratus.

Sekitar 500 penduduk sudahpun berdaftar bagi inisiatif ini.

Pengerusi Sayap Wanita PAP Sim Ann berharap, program ini dapat menjangkaui lebih ramai penduduk dan diperluaskan kepada pelbagai kawasan undi lain.

Cik Sim berkata: "Inisiatif ini menunjukkan potensi besar peti-peti sejuk bijak masyarakat sebagai wadah menggalak rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar serta sikap ihsan dan berkongsi sesama kita. Tentu sekali bagi para peserta program, kita sedar mereka terdorong melakukannya demi kemampanan dan mengurangkan pembaziran makanan. Namun hakikat bahawa barang makanan disediakan secara percuma turut bermakna, penjimatan kos bagi keluarga-keluarga yang mengambil bahagian."
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan