Skip to main content

Singapura

Peta baru MOH tunjuk kawasan kerap dikunjung kes COVID-19 sepanjang 3 hari lalu

Diterbitkan buat pertama kali hari ini (1 Okt), kawasan-kawasan dalam peta dibahagikan kepada lima warna berbeza, menandakan berapa ramai kes COVID-19 kunjungi sesuatu kawasan sepanjang tiga hari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Peta baru MOH tunjuk kawasan kerap dikunjung kes COVID-19 sepanjang 3 hari lalu

(Sumber: MOH)

Diterbitkan : 01 Oct 2021 05:18PM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 05:27PM

SINGAPURA: Woodlands East, Tampines East, Jurong West Central, Aljunied dan Sengkang Town Centre adalah antara kawasan yang paling kerap dikunjungi oleh kes COVID-19 sepanjang tiga hari lalu.

Demikian menurut satu peta baru oleh Kementerian Kesihatan (MOH).

Diterbitkan buat pertama kali hari ini (1 Okt), kawasan-kawasan dalam peta dibahagikan kepada lima warna berbeza.

Warna paling gelap menunjukkan bahawa 230 hingga 560 kes COVID-19 pernah mengunjungi kawasan itu dalam tempoh tiga hari lalu. Ini tidak termasuk data penghuni di kawasan tersebut.

Buat masa ini ada 12 kawasan dalam lingkungan warna sama. Tempat-tempat itu adalah North Coast, Senoko South, Woodlands East, Yunnan, Jurong West Central, Kian Teck, Jurong River, Aljunied, Geylang East, Sengkang Town Centre, Bedok North dan Tampines East.

Jumlah paling rendah - dan juga paling cerah warnanya - menandakan sifar hingga 10 kes COVID-19 pernah mengunjungi kawasan itu dalam tempoh yang dinyatakan. Tempat-tempat itu termasuk Hillcrest, Mandai East dan Sengkang West.

MOH sebelum ini mengumumkan pada 24 September bahawa ia akan menerbitkan peta di laman webnya mengenai kawasan yang sering dikunjungi oleh sebilangan besar kes COVID-19.

"Individu-individu yang pernah mengunjungi tempat-tempat ini dalam jangka yang sama digalakkan untuk memantau kesihatan mereka, melakukan ujian kendiri ART (ujian pantas antigen) sepanjang 10 hari menyusuli pendedahan yang mungkin berlaku dan mengurangkan pergaulan yang tidak perlu dengan orang lain," tambah MH.

Peta data geospatial itu boleh diperolehi dalam laporan keadaan COVID-19 MOH. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita