Pesuruhjaya Tinggi SG ke Australia selar 'Rear Vision' ABC Radio atas dakwaan tidak berasas tentang sistem politik Singapura
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Australia, Anil Nayar telah menyangkal beberapa dakwaan tidak berasas tentang sistem politik Singapura yang dipaparkan dalam episod Rear Vision terbitan ABC Radio National yang disiarkan pada Sabtu (7 Mac).
Episod bertajuk "Singapore and the long shadow of Lee Kuan Yew" yang dihoskan oleh Encik Antony Funnell membuat beberapa dakwaan yang tidak berasas mengenai sistem politik Singapura.
Encik Funnell dan beberapa pengulas dalam episod tersebut menggelarkan Singapura sebagai "negara satu parti", "autokrasi", dan "kini di ambang hampir mencapai demokrasi yang pincang". Mereka menggambarkan sistem Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) – yang diperkenalkan untuk menjamin perwakilan kaum minoriti di Parlimen – sebagai seolah-olah satu "taktik", antara "hambatan" atau "rintangan", yang sengaja direka sedemikian rupa untuk menyekat parti-parti pembangkang.
"Berdasarkan rancangan anda, para pendengar anda tidak akan tahu bahawa Singapura, satu-satunya negara di Asia Tenggara, yang tidak pernah mengisytiharkan perintah darurat atau melalui pemerintahan tentera, dan tidak pernah sekali pun gagal mengadakan pilihan raya secara tetap, sepanjang sejarahnya sebagai sebuah negara merdeka," menurut Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Australia, Anil Nayar dalam kenyataannya pada Selasa (17 Mac) sebagai respons terhadap dakwaan tersebut.
"Mereka juga tidak akan mengetahui bahawa hampir setiap kawasan undi dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum (GE2025) pada tahun lalu, yang menyaksikan bilangan calon terbesar daripada pelbagai parti dan calon bebas dalam sejarah Singapura," tegas Encik Anil Nayar dalam kenyataan itu.
Sebagai contoh, Parti Pekerja (WP) - satu-satunya parti pembangkang di Parlimen – memenangi dua daripada GRC-GRC yang dipertandingkan – dalam GE2025.
Ini jelas menunjukkan bahawa sistem GRC bukan "hambatan" atau "rintangan" yang digambarkan dalam episod Rear Vision itu.
Encik Funnell, menurut Encik Anil Nayar, juga gagal menyebut fakta penting mengenai pelucutan jawatan Setiausaha Agung WP, Pritam Singh, sebagai Ketua Pembangkang. Ini menyusuli sabitannya kerana berbohong kepada sebuah jawatankuasa Parlimen.
Ahli Parlimen di negara-negara demokrasi berparlimen lain yang berpangkalan di Westminster, termasuk Australia, telah dipaksa untuk meletak jawatan jika mereka didapati telah mengelirukan Parlimen.
Seorang pengulas dalam episod itu malah, meragui kesaksamaan badan kehakiman Singapura dalam kes-kes politik. Ini satu dakwaan serius yang dibuat tanpa sebarang bukti.
Mahkamah Singapura, tegas Encik Anil Nayar, dihormati secara meluas di peringkat antarabangsa atas integriti, profesionalisme, dan kebebasannya, dan sering dipilih oleh pihak-pihak dari seluruh dunia -- termasuk negara-negara Komanwel -- untuk menghuraikan pertikaian antarabangsa yang rumit.
"Kami tidak terkejut bahawa pengulas yang dipilih untuk rancangan ini telah mengkritik sistem Singapura. Ada yang telah menyatakan pandangan yang serupa selama beberapa dekad, dan berulang kali membuat andaian yang menggambarkan seolah-olah sistem politik Singapura akan runtuh," menurut Encik Anil Nayar dalam kenyataan itu.
"Berkali-kali, Singapura telah menyangkal dakwaan itu, sekalipun sistem politik dan pilihan raya kita terus berkembang."
"Apa yang mengejutkan ialah ABC, sebuah penyiar yang bereputasi, menyiarkan program yang membentangkan laporan berat sebelah sedemikian dan tidak memenuhi piawai ketelitian kewartawanan yang diharapkan oleh para pendengar anda," kata Encik Anil Nayar.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.