Pesta tanglung Sentosa: S$20,450 dikembalikan kepada pelanggan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: huynhthi0303/TikTok, laman Eventbrite
SINGAPURA: Pampasan sebanyak S$20,450 (AS$15,300) telah dikembalikan semula kepada para pelanggan pesta tanglung, "yang dikendalikan dengan kurang menyenangkan", awal tahun ini.
Demikian menurut Persatuan Pengguna Singapura (CASE) pada Khamis (1 Ogos).
Perangkaan itu didedahkan kepada CASE sebagai sebahagian daripada kemas kininya berhubung jumlah aduan tersebut yang diterima pada separuh pertama tahun ini.
Pesta itu, yang diadakan di Palawan Green di Sentosa pada 21 Feb, tidak dapat melaksanakan kegiatan-kegiatan yang diiklankan.
Para hadirin dijanjikan tanglung yang terapung - bukan yang diikat dan tidak dilepaskan serta lilin yang digantikan dengan lampu LED.
Harga bagi setiap tiket adalah S$50 setiap seorang, tidak temasuk yuran tempahan.
Pihak penganjur Asian Couture and Boutique gagal untuk mendapatkan permit bagi melepaskan tanglung, yang merupakan tarikan utama acara tersebut, jelas CASE.
Pemerhati pengguna itu telah campur tangan dan mendapatkan pampasan penuh bagi para pelanggan yang terjejas, yang telah membuat aduan.
Pada separuh pertama tahun ini, industri hiburan tempatan menyaksikan kenaikan lima kali ganda dalam jumlah aduan - daripada 105 pada separuh pertama 2023 kepada 670 aduan pada enam bulan pertama tahun ini.
Hampir tiga suku aduan tersebut dibuat terhadap pihak penganjur pesta tanglung itu.
CASE menyatakan kenaikan dalam jumlah aduan dalam industri itu muncul dengan berlatarbelakangkan lonjakan dalam acara serta konsert di Singapura.
Terdapat juga kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penjual tiket yang mengambil kesempatan ke atas mereka yang menghadiri konsert dengan meningkatkan harga tiket dengan ketara.
Kira-kira 4 peratus aduan tersebut dibuat oleh para pelanggan, yang diberitahu di tempat konsert itu bahawa tiket mereka tidak sah.
Presiden CASE Melvin Yong mengatakan pihaknya "sangat bimbang" mengenai kenaikan aduan ini.
"Sedang Singapura menjadi hab acara dan konsert utama rantau ini, kami menjangkakan kenaikan seterusnya dalam aduan yang berkait," tambahnya.
"Kami sedang mengkaji secara aktif bagaimana perundangan luar negara dalam menangani berkaitan dengan acara dan konsert, seperti masalah 'scalping' atau ulat tiket.
ADUAN LAIN
Secara keseluruhannya, CASE menerima 7,721 aduan pada separuh pertama tahun ini, kenaikan 6 peratus daripada 7,316 aduan pada tempoh yang sama tahun lalu.
Terdapat kenaikan 53 peratus dalam aduan e-dagang, sebahagian besarnya disebabkan pembelian online tiket acara dan konsert. Aduan e-dagang yang lain termasuk pesanan online daripada syarikat penghantaran tingkat.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.