Pesta Seni Tembikar SG 2025 beri penghargaan kepada karya tokoh seni tembikar tersohor, Dr Iskandar Jalil
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seni tembikar boleh menjadi satu bentuk ekspresi seni dan memperkukuh sifat inklusif.
Demikian ditekankan Presiden Tharman Shanmugaratnam dalam ucapannya semasa majlis pelancaran Pesta Seni Tembikar Singapura 2025 pada Khamis (6 Nov).
Edisi kelima pesta itu menjadi wadah penting yang menyatukan masyarakat penggiat seni tanah liat daripada pakar, profesional hingga penggemar seni itu untuk meraikan keindahan seni membuat tembikar.
Dalam ucapannya, beliau juga menarik perhatian akan nilai kemasyarakatan dan sifat inklusif pesta itu.
"Ini adalah sebuah acara masyarakat yang melibatkan semua peringkat umur. Ia melibatkan semua orang, daripada penggemar seni ini hinggalah mereka yang pakar dan bukan sahaja warga Singapura, malah juga masyarakat antarabangsa.
"Membuat tanah liat juga istimewa kerana seperti beberapa bentuk seni lain, ia adalah ekspresi bagaimana budaya kita meminjam daripada banyak budaya dan bukan sekadar 'campur-campur'
tetapi ia adalah budaya yang berkembang dengan memperoleh pengaruh dan inspirasi daripada budaya lain dan ia menjadi budaya kita sendiri," tambah beliau.
Dalam pada itu, beliau turut memberi penghormatan dan menyanjung karya dan perjalanan hidup tokoh tembikar tersohor Singapura, Dr Iskandar Jalil.
PAMERAN KHAS DR ISKANDAR JALIL - A POTTER'S COLLECTION
Dalam pameran khas 'Singapore Clay Heritage: Dr Iskandar Jalil – A Potter’s Collection', para pengunjung berpeluang melihat sendiri 25 karya peribadi daripada koleksi keluarga Dr Iskandar.
Ada antara karya-karya itu belum pernah dipamerkan sebelum ini.
Tokoh penerima Pingat Budaya itu berkongsi dengan wartawan Nurfazirah Azman bahawa setiap perjalanan dan pengalaman hidupnya telah membentuk falsafah seninya.

"Saya mengembara dari Singapura, Jalan Bahar ke Ayer Hitam, Negeri Sembilan dan beberapa tempat sampai ke Thailand, di Sekolah Tanjung Malim, kolej Melayu yang terkenal. Saya memang suka mengembara, ke Hatyai, Chiang Mai. Hidup saya lebih kepada pengembaraan," katanya.
"Saya bertemu dengan orang-orang yang ada cara tersendiri (membuat tembikar) dan anda belajar. Kemudian apa yang anda pelajari, anda pergi ke negara lain, anda berkongsi ilmu itu (dengan mereka) dan bertukar ilmu," kongsi Dr Iskandar.
Baginya, seni tembikar adalah satu warisan budaya dan ia merupakan tanggungjawabnya untuk mendidik orang ramai tentang seni itu.
"Saya buat (pameran ini) sebab saya hendak tunjukkan pada para pelajar lain, inilah cara yang betul untuk membuat (seni tembikar) dan membuat mereka sedar bahawa barang ini (tembikar) ini ada harga. Kalau saya buat satu, harganya boleh mencecah S$3000, S$2000.Anda harus membuat sesuatu yang orang lain belum pernah buat," jelasnya.
Beliau turut berharap agar generasi baharu dapat menerapkan penggunaan dan penulis bahasa Jawi seperti 'Khat' dalam karya-karya mereka.
"Tidak ramai orang pandai dalam tulisan jawi. Kalau awak pandai gunakan tulisan ini untuk perniagaan. Sekarang semua orang gunakan komputer dan keindahannya seni itu 'hilang'. Kalau tulisan 'khat', tulisan jawi, bungkusannya lebih istimewa," kata Dr Iskandar.
Orang ramai boleh mengunjungi Pesta Seni Tembikar Singapura 2025 yang berlangsung hingga 9 November ini di Pusat Budaya Cina Singapura (SCCC).

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.