Skip to main content

Singapura

Pesta Rima Irama lestarikan seni dikir barat

Minat terhadap seni dikir barat masih segar dan diminati ramai - golongan yang tua mahu pun yang muda. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Minat terhadap seni dikir barat masih segar dan diminati ramai - golongan yang tua mahu pun yang muda.

Pesta Rima Irama di Wisma Geylang Serai hari ini (6 Okt) mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Acara sehari itu dianjurkan BERITAmediacorp dalam usaha memelihara dan melestarikan seni dikir barat sempena Bulan Bahasa sekarang.

Mereka yang hadir berpeluang belajar daripada aktivis penting dalam dunia dikir barat tempatan.

Hadir hari ini ialah Altimet - rapper dan penulis lagu tidak asing lagi dalam kalangan belia Melayu hari ini, Asnida Daud dan Adeep Nahar yang banyak menyumbang kepakaran mereka kepada para penggiat dikir barat.

Dari selok belok penulisan lagu dan lirik, para penggiat dikir barat itu juga
selain berkongsi teknik penyampaian seni dan penceritaan dalam tulisan dengan penonton yang hadir.

"Acara ini sepatutnya diadakan selalu sebab acara seperti ini mendatangkan lagi pemahaman tentang penulisan kita, penggunaan bahasa kita. Sebab budak- budak sekarang sudah banyak sangat menggunakan perkataan-perkataan yang pelik. Mungkin slanga seperti 'gerek seh' itu memang ada, tapi jangan sampai lupa tentang konteks atau penggunaan yang betul," kongsi Ahli Panel, Pesta Rima Irama, Adeep Nahar.

Asnida Daud turut berkongsi pendapatnya mengenai acara Pesta Rima Irama.

"Ia harus diteruskan. Saya sebenarnya apabila mendapat tahu bahawa Pesta Rima Irama alan diadakan, saya sangat gembira. Satu konsep yang menggunakan bahasa sebagai pencetus atau pemangkin dialog dan sebagainya," ujarnya.  

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita