Skip to main content

Singapura

Pesta Raya AidilFEASTri 2024 papar tradisi masakan dan warisan budaya tidak ketara Hari Raya

Anggaran Waktu Membaca:
Pesta Raya AidilFEASTri 2024 papar tradisi masakan dan warisan budaya tidak ketara Hari Raya

Bengkel kelolaan Tarik.SG di Pesta Raya AidilFEASTri 2024 Taman Warisan Melayu (MHC).

SINGAPURA: Belajar membuat teh tarik yang enak dan peluang mempelajari tentang makanan warisan yang disajikan pada setiap Lebaran.

Demikian antara kegiatan menarik yang dapat dinikmati para 'tetamu' yang datang ke Pesta Raya AidilFEASTri 2024 Taman Warisan Melayu (MHC) tahun ini.

Acara kali ini lebih istimewa kerana diadakan di Pusat Warisan India di Campbell Lane pada Sabtu (27 April) dan Ahad (28 April) ini.

AidilFEASTri 2024 yang bertemakan makanan mengetengahkan tradisi masakan dan warisan budaya tidak ketara yang dikaitkan dengan Hari Raya.

"Melalui kolaborasi kami bersama dengan Pusat Warisan India, kami ingin mengetengahkan persamaan di antara amalan tradisi di kalangan masyarakat Melayu dan juga India melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dan menyeronokkan yang boleh dinikmati seisi keluarga," kongsi Pengurus Besar Taman Warisan Melayu, Cik Asmah Alias.
"Pada masa yang sama kami berharap masyarakat dapat memahami dan mempelajari lebih lanjut mengenai kedua -dua amalan dan tradisi di dalam masyarakat ini," tambahnya.

Antara yang sajian menarik adalah program 'Rasa Warisan' bersama bekas finalis rancangan Masterchef Singapura Encik Ilya Nur Fadhly yang akan melakukan demonstrasi memasak, selain berkongsi tentang persamaan dalam masakan warisan masyarakat Melayu dan India.

Selain itu, para pengunjung boleh juga mengikuti bengkel kelolaan Tarik.SG untuk mempelajari rahsia membuat minuman kegemaran ramai itu.

Kegiatan menarik lain yang sesuai untuk seisi keluarga termasuk demonstrasi memasak oleh finalis MasterChef Singapura Chef Ilya Nur Fadhly, bengkel kraftangan dan persembahan budaya.
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita